Monday, December 24, 2007

118. Sedekah dan kemaafan

MENOLAK peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati.

Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. (al-Baqarah: 263)

Huraian
Sedekah yang diberikan adalah bertujuan untuk membantu keperluan umum bukan untuk membangga diri. Justeru sifat riak, perkataan-perkataan yang boleh menyinggung dan menyakiti hati hendaklah dijauhi. Islam menghendaki umatnya supaya mengeluarkan perkataan yang baik dan bersopan.

Jika didapati terdapat kesilapan, hendaklah kita maafkan kerana manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Kita juga tidak boleh bersifat riak dan sombong, tetapi hendaklah bersifat penyabar.

Kesimpulan
Dalam mengharungi kehidupan zaman kini kita hendaklah pandai mengimbangi antara yang baik dan buruk. Yang baik hendaklah kita amalkan seperti bersedekah, memberi nasihat, bercakap dengan sopan dan berakhlak mulia. Manakala sifat yang buruk seperti mengungkit-ungkit pemberian sedekah, menyakiti hati, kedekut dan sebagainya hendaklah dijauhi.

* Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

No comments: