Daripada Ibnu Abbas daripada Nabi sabdanya: bukan dari kumpulan kita mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi anak-anak kecil kita dan tidak menyuruh dengan perkara makruf dan tidak mencegah daripada perkara mungkar. (riwayat Tarmizi).
Pengertian
Dalam hadis ini, Nabi besar kita ada menegaskan bahawa orang yang diakuinya sebagai umatnya ialah mereka yang mempunyai akhlak dan adab sopan yang mulia terutama terhadap orang tua-tua, pemimpin dan pembesar di kalangan mereka. Kerana mereka itu perlu dihormati dan disanjung sesuai dengan kedudukan masing-masing. Begitu juga terhadap anak-anak dan mereka yang lebih muda dan kecil atau fakir miskin dan lain-lain golongan yang menderita. Di samping itu mereka tidak lupa tugas menyeru dan menyuruh manusia melakukan kerja-kerja kebaikan dan melarang daripada perkara keji dan mungkar.
Kesimpulan
Sifat terpuji dan akhlak mulia adalah pakaian muslim, ianya perlu dihayati oleh mereka yang mengakui dirinya sebagai muslim. Kerana setiap umat Islam itu perlu menghormati orang tua dan menyayangi anak kecil serta menyuruh dengan kerja kebaikan dan melarang perkara kemungkaran.
Tuesday, December 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment