Friday, December 26, 2008

HIV & AIDS

Jakim tidak sekat pasangan HIV positif berkahwin

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak menyekat atau menolak permohonan mana-mana pasangan yang disahkan positif HIV untuk berkahwin kerana mereka berhak berbuat demikian.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, sehingga Jun 2008, seramai 97,879 calon telah menjalani ujian saringan HIV dan daripada jumlah tersebut, seramai 46 orang didapati positif.

Beliau berkata, tujuh daripada 46 orang itu bersetuju meneruskan perkahwinan mereka.

''Kita tidak menerima tekanan daripada calon yang ingin berkahwin untuk menjalani ujian ini, malah ada antara mereka yang memilih untuk menjalani secara sukarela.

''Sekiranya positif HIV, calon berhak membuat pilihan sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau tidak dengan pasangan masing-masing, ini termasuk bagi pasangan yang bukan Islam," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1430H/2008M di sini hari ini.

Pada 18 Disember lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan semua bakal pengantin beragama Islam wajib menjalani ujian saringan HIV bermula tahun depan.
Wan Mohamad seterusnya berkata, secara dasarnya, semua negeri bersetuju untuk melaksanakan ujian saringan HIV kepada semua bakal pengantin.

Tambahnya, Jakim pula melalui proses perbincangan yang panjang dengan pihak berkuasa agama negeri dan Kementerian Kesihatan berhubung pelaksanaan dasar tersebut.

''Perkara ini sudah lama dilaksanakan oleh negeri Johor, malah pernah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak, tetapi bermula hujung tahun lalu, semakin ramai calon pengantin bukan Islam yang menyedari akan kepentingan ujian ini," katanya.

Mengulas dakwaan pelbagai pihak yang menolak pelaksanaan dasar itu atas alasan mencabul hak asasi manusia, beliau menegaskan, semua pihak perlu memikirkan hak pasangan kepada penghidap HIV terbabit.

''Kalau ia dikatakan mencabul hak asasi manusia, kita turut kena fikir hak pasangan pembawa HIV itu, mereka akan jadi mangsa kerana hanya mengetahui perkara sebenar setelah berkahwin dengan pasangan masing-masing.

''Dalam soal ini, Jakim termasuk agensi agama Islam yang lain menerima sebarang pandangan daripada pelbagai pihak secara terbuka, namun mereka yang meragui tindakan Jakim perlu mengemukakan kajian yang terperinci terlebih dahulu," ujarnya.

Mengenai Maal Hijrah pula, beliau berkata, sambutan yang bertemakan Menjana Ummah Gemilang itu akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Disember ini.

Utusan 24/12/2008


Ujian saringan kurangkan kes AIDS

Ujian saringan HIV ke atas bakal pengantin beragama Islam yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu berjaya mengurangkan bilangan pesakit AIDS di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Ghazali Othman berkata, sejak program itu diperkenalkan pada 2005, seramai 6,085 bakal pengantin menjalani ujian tersebut dengan sembilan kes disahkan positif HIV.

Menurutnya, kebanyakan bakal pengantin yang disahkan positif HIV itu telah meneruskan perkahwinan masing-masing selepas mendapat kaunseling dan rawatan yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan terlibat.

''Kes kematian akibat AIDS di negeri ini juga masih rendah berbanding negeri lain iaitu 491 kematian daripada 608 kes AIDS sepanjang tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Hari AIDS Sedunia 2008 peringkat negeri yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Chua Kheng Hua di sini hari ini.

Selain itu, Dr. Ghazali berkata, kes pesakit AIDS di negeri ini semakin berkurangan ekoran peningkatan kesedaran di kalangan orang ramai melalui keberkesanan program saringan ke atas ibu hamil yang turut dipraktikkan oleh pihaknya.

Katanya, program saringan ke atas ibu hamil juga dilaksanakan bagi mencegah penyebaran HIV di negeri ini dan setakat ini, seramai 11,279 ibu hamil sudah menjalani ujian tersebut.

''Daripada jumlah tersebut, 10 ibu hamil disahkan positif HIV dan kami sudah melakukan rawatan yang perlu bagi membantu ibu dan kandungannya termasuk memberi kaunseling percuma," ujarnya.

Katanya, majoriti pesakit AIDS ialah lelaki Melayu berusia lingkungan 30 hingga 39 tahun yang dijangkiti HIV kerana berkongsi jarum suntikan dadah tercemar serta mengamalkan seks rambang tanpa perlindungan.

Kata beliau, pihaknya sentiasa menjalankan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) termasuk menganjurkan program kaunseling dan saringan mengesan HIV untuk bakal pengantin beragama Islam.

''Kita juga amat menggalakkan pasangan bukan beragama Islam terlibat menyertai program saringan HIV ini demi kesejahteraan generasi akan datang sekali gus menghentikan penularan penyakit tanpa penawar itu," jelasnya.

Kata beliau, menerusi sesi kaunseling yang diadakan, pihaknya turut memanggil ibu bapa pasangan pengantin untuk mendapatkan restu seterusnya mengelak salah faham jika ada antara pasangan itu positif HIV.

''Walaupun kes AIDS di negeri telah menurun namun kempen-kempen kesedaran mengenainya akan terus dilaksanakan bagi memastikan penyakit ini terus dihapuskan dan penularannya dapat dihentikan sepenuhnya kelak," katanya.

Wednesday, November 26, 2008

Hormati Majlis Fatwa sebagai institusi Islam

PADA 22 November lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan umat Islam mengamalkan 'yoga' secara sistematik, yang membabitkan unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengharaman ini wajar kerana amalan yoga turut mengandungi mantera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan penyatuan diri dengan Tuhan.

Yoga banyak disebut di dalam kebanyakan teks Hindu seperti Veda, Upanishad, Shiva Samhita, Hatha Yoga Pradipika, Bhagavad Gita dan pelbagai Tantra.



Walaupun pada zahirnya ada pengamal yoga di kalangan umat Islam hari ini yang melakukannya sebagai satu senaman tanpa membabitkan unsur mantera, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim.

Justeru, ahli Majlis Fatwa Kebangsaan yang dipengerusikan Datuk Dr Abdul Shukor Husin bersetuju memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur itu adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurut Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, yoga adalah amalan masyarakat Hindu yang menggabungkan unsur keagamaan dan penyatuan jiwa dengan Tuhan.

Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut turut mengkritik umat Islam yang mengamalkan yoga sebagai bercanggah dengan akidah, syariat serta akhlak Islam. Malah, beliau turut menyarankan mereka yang mengamalkannya segera bertaubat kepada Allah.

Kita boleh memberikan seribu satu alasan logik untuk terus mengamalkan yoga atas nama senaman yang kononnya boleh membawa ketenangan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah, penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Namun, adalah wajar fatwa yang dikeluarkan itu diterima dengan penuh kefahaman dan kesedaran yang bertitik tolak daripada iman dan rasa ketakwaan yang tinggi.

Penggunaan 'logik' bukannya asas penilaian yang mutlak tetapi sifat ta'abbud dan 'kehambaan' yang sentiasa akur perintah 'wahyu' menjadi sandaran utama dalam melaksanakan apa jua amalan di dunia ini.

Walaupun fatwa tidak semestinya menjadi hukum, bagi seseorang Muslim yang memiliki sifat takwa akan sentiasa berhati-hati. Tiada sebab kita menolak atau mempertikaikannya kerana apa yang difatwakan itu adalah bertujuan menjaga akidah umat Islam daripada terpesong ke landasan kesyirikan.

Ini selari dengan takrif tauhid yang diberikan ulama iaitu, 'mengesakan Allah Tuhan yang disembah serta mengiktikadkan pula keesaan-Nya pada zat-Nya, pada sifat-Nya dan pada pekerjaan-Nya' (Kuliah Tauhid, Prof TM Hasbi Ash Shiddieqy, 1994).

Sayugia diingat, Majlis Fatwa, baik pada peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa tanpa membuat sebarang penyelidikan yang rapi.

Mereka yang dilantik menganggotainya mempunyai kepakaran dalam disiplin ilmu Islam.

Sebelum mengeluarkan fatwa, anggota Majlis Fatwa Kebangsaan akan meneliti segala hukum berdasarkan nas mengikut disiplin keilmuwan Islam. Dari segi bahasa, fatwa bermaksud memberi jawapan atau penjelasan untuk sesuatu masalah agama.

Dari segi istilah pula bermaksud penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan.

Proses mengeluarkan jawapan dilakukan secara berjemaah. Justeru, fatwa itu sendiri adalah 'keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang'.

Umat Islam disaran bertanya kepada orang berilmu sekiranya mereka mendapati sesuatu masalah itu tidak jelas hukumnya.

Bertanya kepada orang berilmu adalah sebahagian daripada ajaran atau syariat Islam. Sebagai umat Islam kita seharusnya berhati-hati dan berwaspada dengan sebarang perkara yang boleh memesongkan akidah.

Setiap amalan yang ada hubungannya dengan amalan (ibadah) agama lain perlu dikaji secara mendalam sebelum melakukannya.

Biarlah amalan kita selari dengan pengertian ibadah seperti yang ditakrifkan oleh ulama tauhid dengan makna, 'mengesakan Allah, mentakzimkan-Nya dengan sepenuh-penuh takzim serta menghinakan diri kita dan menundukkan jiwa kepada-Nya' (Kuliah Tauhid, 1994).

Hakikat ibadah itu ialah ketundukan jiwa yang timbul daripada hati yang merasakan cinta kepada Allah serta merasakan kebesaran-Nya.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Al-Imam Ibnu Katsir bahawa; "Ibadah itu ialah suatu pengertian yang mengumpulkan kesempurnaan cinta, tunduk dan takut hanya kepada Allah".

Akidah Islam perlu dijaga sepanjang zaman. Dalam konteks ini, Majlis Fatwa Kebangsaan mempunyai tanggungjawab yang releven untuk mengeluarkan fatwa berkaitan amalan yang menjadi isu di kalangan umat Islam, terutamanya isu yang tidak mempunyai nas yang jelas.

Majlis Fatwa akan menjadi lebih berwibawa dan dihormati apabila institusi ini benar-benar dijadikan tempat sandaran umat Islam untuk mengetahui sesuatu amalan yang bersifat kabur atau tidak mempunyai nas yang nyata.

Selaku umat Islam, kita hendaklah menerima fatwa itu sebagai sesuatu yang wajar dijadikan panduan dan pedoman hidup.

Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan fatwa yang dihasilkan adalah berwibawa dan bertepatan dengan hukum hakam Islam.

Justeru, seperti yang dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan akan menubuhkan sebuah institut fatwa dikenali sebagai Darul Iftaq yang berperanan mengkaji fatwa yang pernah dan akan dikeluarkan serta hukum Islam yang dipakai di negara ini serta negara Islam lain di dunia.

Buat permulaan Darul Iftaq akan beroperasi sebagai sebuah unit di Jabatan Agama Islam sebelum kuasanya diperluas sebagai sebuah jabatan di bawah Majlis Agama.

Kesimpulannya, jati diri mukmin itu amat kuat dipengaruhi iman dan sifat takwa. Justeru, umat Islam tidak sepatutnya mengambil amalan agama lain sedangkan Islam memiliki banyak khazanah berharga berupa ibadah yang boleh membawa manusia kepada kesejahteraan dunia dan akhirat.

Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan

Hormati Majlis Fatwa sebagai institusi Islam

PADA 22 November lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan umat Islam mengamalkan 'yoga' secara sistematik, yang membabitkan unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengharaman ini wajar kerana amalan yoga turut mengandungi mantera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan penyatuan diri dengan Tuhan.

Yoga banyak disebut di dalam kebanyakan teks Hindu seperti Veda, Upanishad, Shiva Samhita, Hatha Yoga Pradipika, Bhagavad Gita dan pelbagai Tantra.



Walaupun pada zahirnya ada pengamal yoga di kalangan umat Islam hari ini yang melakukannya sebagai satu senaman tanpa membabitkan unsur mantera, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim.

Justeru, ahli Majlis Fatwa Kebangsaan yang dipengerusikan Datuk Dr Abdul Shukor Husin bersetuju memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur itu adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurut Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, yoga adalah amalan masyarakat Hindu yang menggabungkan unsur keagamaan dan penyatuan jiwa dengan Tuhan.

Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut turut mengkritik umat Islam yang mengamalkan yoga sebagai bercanggah dengan akidah, syariat serta akhlak Islam. Malah, beliau turut menyarankan mereka yang mengamalkannya segera bertaubat kepada Allah.

Kita boleh memberikan seribu satu alasan logik untuk terus mengamalkan yoga atas nama senaman yang kononnya boleh membawa ketenangan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah, penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Namun, adalah wajar fatwa yang dikeluarkan itu diterima dengan penuh kefahaman dan kesedaran yang bertitik tolak daripada iman dan rasa ketakwaan yang tinggi.

Penggunaan 'logik' bukannya asas penilaian yang mutlak tetapi sifat ta'abbud dan 'kehambaan' yang sentiasa akur perintah 'wahyu' menjadi sandaran utama dalam melaksanakan apa jua amalan di dunia ini.

Walaupun fatwa tidak semestinya menjadi hukum, bagi seseorang Muslim yang memiliki sifat takwa akan sentiasa berhati-hati. Tiada sebab kita menolak atau mempertikaikannya kerana apa yang difatwakan itu adalah bertujuan menjaga akidah umat Islam daripada terpesong ke landasan kesyirikan.

Ini selari dengan takrif tauhid yang diberikan ulama iaitu, 'mengesakan Allah Tuhan yang disembah serta mengiktikadkan pula keesaan-Nya pada zat-Nya, pada sifat-Nya dan pada pekerjaan-Nya' (Kuliah Tauhid, Prof TM Hasbi Ash Shiddieqy, 1994).

Sayugia diingat, Majlis Fatwa, baik pada peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa tanpa membuat sebarang penyelidikan yang rapi.

Mereka yang dilantik menganggotainya mempunyai kepakaran dalam disiplin ilmu Islam.

Sebelum mengeluarkan fatwa, anggota Majlis Fatwa Kebangsaan akan meneliti segala hukum berdasarkan nas mengikut disiplin keilmuwan Islam. Dari segi bahasa, fatwa bermaksud memberi jawapan atau penjelasan untuk sesuatu masalah agama.

Dari segi istilah pula bermaksud penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan.

Proses mengeluarkan jawapan dilakukan secara berjemaah. Justeru, fatwa itu sendiri adalah 'keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang'.

Umat Islam disaran bertanya kepada orang berilmu sekiranya mereka mendapati sesuatu masalah itu tidak jelas hukumnya.

Bertanya kepada orang berilmu adalah sebahagian daripada ajaran atau syariat Islam. Sebagai umat Islam kita seharusnya berhati-hati dan berwaspada dengan sebarang perkara yang boleh memesongkan akidah.

Setiap amalan yang ada hubungannya dengan amalan (ibadah) agama lain perlu dikaji secara mendalam sebelum melakukannya.

Biarlah amalan kita selari dengan pengertian ibadah seperti yang ditakrifkan oleh ulama tauhid dengan makna, 'mengesakan Allah, mentakzimkan-Nya dengan sepenuh-penuh takzim serta menghinakan diri kita dan menundukkan jiwa kepada-Nya' (Kuliah Tauhid, 1994).

Hakikat ibadah itu ialah ketundukan jiwa yang timbul daripada hati yang merasakan cinta kepada Allah serta merasakan kebesaran-Nya.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Al-Imam Ibnu Katsir bahawa; "Ibadah itu ialah suatu pengertian yang mengumpulkan kesempurnaan cinta, tunduk dan takut hanya kepada Allah".

Akidah Islam perlu dijaga sepanjang zaman. Dalam konteks ini, Majlis Fatwa Kebangsaan mempunyai tanggungjawab yang releven untuk mengeluarkan fatwa berkaitan amalan yang menjadi isu di kalangan umat Islam, terutamanya isu yang tidak mempunyai nas yang jelas.

Majlis Fatwa akan menjadi lebih berwibawa dan dihormati apabila institusi ini benar-benar dijadikan tempat sandaran umat Islam untuk mengetahui sesuatu amalan yang bersifat kabur atau tidak mempunyai nas yang nyata.

Selaku umat Islam, kita hendaklah menerima fatwa itu sebagai sesuatu yang wajar dijadikan panduan dan pedoman hidup.

Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan fatwa yang dihasilkan adalah berwibawa dan bertepatan dengan hukum hakam Islam.

Justeru, seperti yang dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan akan menubuhkan sebuah institut fatwa dikenali sebagai Darul Iftaq yang berperanan mengkaji fatwa yang pernah dan akan dikeluarkan serta hukum Islam yang dipakai di negara ini serta negara Islam lain di dunia.

Buat permulaan Darul Iftaq akan beroperasi sebagai sebuah unit di Jabatan Agama Islam sebelum kuasanya diperluas sebagai sebuah jabatan di bawah Majlis Agama.

Kesimpulannya, jati diri mukmin itu amat kuat dipengaruhi iman dan sifat takwa. Justeru, umat Islam tidak sepatutnya mengambil amalan agama lain sedangkan Islam memiliki banyak khazanah berharga berupa ibadah yang boleh membawa manusia kepada kesejahteraan dunia dan akhirat.

Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan

Monday, November 3, 2008

Islam muliakan Jumaat serlah jati diri Muslim

NABI SAW bersabda bermaksud: “Apabila tiba Jumaat, ada pada setiap pintu masjid malaikat yang ditugaskan menulis orang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di mimbar, malaikat itu melipat lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah.” (Hadis riwayat Abu Hurairah) Allah melantik malaikat khusus bagi mencatat kedatangan sidang jemaah mengikut tertib dan susunan mulai dari awal waktu hingga tiba masa imam naik ke mimbar membaca khutbah.

Kehadiran lebih awal mengerjakan solat Jumaat sangat diutamakan dalam Islam. Oleh itu amat rugi orang yang terlewat (terlepas) daripada waktu catatan malaikat itu.

Abdullah Umar dan Abu Hurairah menceritakan mereka mendengar daripada Rasulullah SAW ketika Baginda berkhutbah di mimbar, sabdanya yang bermaksud: “Hendaklah orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (Hadis riwayat Muslim) Meninggalkan solat Jumaat adalah perbuatan yang ditegah kerana hukumnya fardu ain terhadap individu Muslim.

Orang yang meringankan hukum Allah mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan setimpal. Orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa lain. Sesungguhnya orang yang dibenar meninggalkan solat Jumaat hanya mereka yang mencapai darjah keuzuran syarie seperti orang sakit dan musafir.

Jika seseorang tiada alasan munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, mereka perlu mengerjakannya kerana solat Jumaat selain kewajipan beribadat kepada Allah, juga syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama. Islam menyerlahkan perbezaan ketara dengan agama lain supaya umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah kiblat, kitab suci, hari raya dan hari kebesaran.

Islam menetapkan Jumaat adalah penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan Sabtu dan Kristian yang membesarkan Ahad. Perbezaan ditetapkan Islam ini perlu diamal dan dihayati secara praktikal oleh umatnya kerana ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap Muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya cuba dibawa masuk musuh Islam. Kegagalan umat mempromosikan Islam kepada masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan mereka dipandang hina dan Islam dipandang sepi.

Dengan itu umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak terikut dengan adat dan budaya bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya akidah dan terpadamnya garisan ditetapkan syarak.

Tuesday, October 14, 2008

Tiga perkara pastikan mukmin terlindung tipu daya syaitan

Takut buat dosa, reda, suka beribadat benteng iman

TIPU daya syaitan dan bisikan hawa nafsu sentiasa mempermainkan kehidupan seorang insan. Setiap saat kedua-duanya bersatu tenaga merancang untuk merobohkan benteng iman di hati manusia. Namun begitu, tidaklah Allah menyerahkan bulat-bulat diri orang mukmin untuk menjadi hidangan syaitan dan hawa nafsu mereka.

Bahkan Allah akan membersih jiwa orang mukmin itu setiap saat hingga mereka kembali kepada-Nya dalam keadaan sebersih-bersihnya. Apakah tanda Allah menyucikan diri seorang hamba? Diturunkan musibah kepadanya lalu dia reda. Dihidupkan jiwanya lalu dia bertaubat. Dipimpin hatinya lalu dia suka beribadat.

Tiga perkara ini besar fungsinya untuk memastikan hamba yang beriman tetap terjaga dan terlindung daripada jenayah hawa nafsu dan tipu daya syaitan. Sehingga dia bertemu Allah dalam keadaan suci, bersih lagi diredai. Sesungguhnya musibah akan membentuk tiga karakter manusia iaitu manusia yang memiliki jiwa yang unggul, teruji dan benar cintanya kepada Allah kerana musibah berkait rapat dengan perasaan kejiwaan manusia.

Apakah dia reda dan akur atas kehendak Allah kemudian percaya dengan ganjaran bagi orang yang sabar? Apakah dia menerima musibah itu sebagai hadiah terindah daripada kekasih Yang Maha Mengasihani?

Apakah musibah itu mampu melonjakkan imannya ke tahap lebih tinggi sehingga dia sentiasa meneliti kekurangan diri? Kemudian dia bertanya: "Mengapakah Allah memilih diriku? Apakah dosa yang harus disucikan, bagaimanakah aku harus memperbaiki diri dan amalku?" Akhirnya, lahir satu keyakinan bahawa Allah akan mengganti musibah itu dengan kebaikan yang akan datang selepasnya.

Sesuai dengan firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan." (Surah Al-Insyirah, ayat 5) Kedua ialah jiwa yang memberontak apabila seseorang menerima musibah dengan hati yang berprasangka buruk kepada Allah. Dia berkata: "Tuhan menghinakan aku, menyerahkan aku kepada orang jahat lalu mereka menzalimiku. Tuhan menolak doaku, mencampakkan ibadatku hingga 40 hari, Dia tidak menerima amal salihku. Dia menghukum, menutup pintu langit, menahan rezeki dan mengazabku dengan musibah ini."

Betapa bijaknya syaitan meniupkan penyakit putus harapan yang mematikan jiwa reda seorang hamba. Hal ini bertentangan dengan suruhan Allah kepada orang yang berdosa dalam firman bermaksud: "Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Zumar, ayat 53)

Ketiga, jiwa yang mudah berpaling. Kesetiaan menjadi faktor terpenting dalam perhubungan, seperti seorang hamba mesti membuktikan setianya kepada Allah dalam setiap keadaan. Susah atau senang, sibuk atau lengang, kaya atau miskin, terkenal atau terlupakan, di atas atau di bawah, disanjung atau dijatuhkan. Bagaimanapun situasi yang terjadi, hubungan hati dengan Allah tetap terjaga. Tidak pernah melupakan Allah saat senang seperti dia mengingati-Nya di kala susah.

Tetapi al-Quran merakamkan keadaan orang yang mudah berpaling ketika dilanda musibah dalam hidupnya. Firman Allah bermaksud: "Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi.

Maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat, yang demikian itu adalah kerugian yang nyata." (Surah al-Hajj, ayat 11) Sudah selayaknya setiap hamba Allah memandang musibah sebagai satu tanda bahawa Allah mahu membersihkan dirinya, memberi jaminan kafarah atas segala dosanya hingga dia bertemu Allah dengan jiwa yang reda lagi diredai.

Tanda kedua Allah menyucikan seorang hamba ialah dihidupkan jiwanya lalu dia bertaubat.
Setiap kali berbuat dosa, hati akan terseksa, takut, sedih dan putus asa mengingati kejahatan diri. Di situlah rahmat bagi orang beriman yang melakukan dosa, dia sentiasa ingat untuk bertaubat, merayu dan memohon maaf kepada Allah.

Bagaikan mati hidup semula, begitulah perumpamaan mengenai jiwa orang mukmin yang kembali kepada Allah.

Monday, September 29, 2008

Syawal didik diri mohon maaf

Dosa sesama manusia tidak diampuni Allah selagi kedua belah pihak enggan bermaafan terlebih dulu MANUSIA tidak luput daripada salah, khilaf dan dosa. Namun sebaik-baik orang yang berbuat salah dan dosa adalah mereka yang cepat kembali kepada Allah seraya memohon ampun kepada-Nya.

Ini yang dikatakan Allah dalam firman yang bermaksud: "Sesungguhnya taubat di sisi Allah itu adalah orang yang melakukan dosa kerana kebodohan dan kekhilafan mereka. Lalu mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima taubatnya." (Surah al-Nisa', ayat 17) Sayyid Qutb dalam tafsirnya, Fi Zilal al-Quran menyatakan bertaubat dalam waktu yang dekat adalah bertaubat sebelum meninggal dunia atau memasuki sakaratul maut.

Sebab hakikatnya manusia sangat dekat dengan kematiannya dan mereka tidak mengetahui bila akan meninggal dunia.

Untuk itu mereka harus sentiasa bersiap-siap untuk menghadapi kematian yang boleh datang bila-bila masa saja.

Syeikh Mustafa al-Maraghi dalam tafsir al-Maraghi menyatakan, bertaubat dalam waktu yang dekat bermakna seseorang yang melakukan dosa akibat kebodohan dan kelalaian harus bertaubat seberapa segera mungkin apabila sedar akan kesalahan yang dilakukannya. Namun Sayyid Qutb dan al-Maraghi bersepakat, taubat yang diterima Allah adalah mereka yang bertaubat dari lubuk hati yang dalam dan ceruk jiwa yang suci.

Mereka menyesali perbuatan itu serta berusaha sekuat tenaga untuk tidak melakukannya di masa akan datang. Ertinya Allah menerima taubat manusia bergantung kepada niat tulus ikhlas manusia itu. Dosa manusia pada hakikatnya dapat dibahagi kepada dua, dosa kepada Allah dan dosa kepada manusia. Dosa kepada Allah dapat dihilangkan dengan beberapa cara. Dosa kecil dapat dihapuskan dengan beristighfar kepada Allah dan dosa biasa dapat dihapus dengan ibadat.

Dosa besar haruslah diselesaikan dengan taubat kecuali amalan syirik. Perbuatan itu dosanya tidak akan diampunkan sehingga seseorang itu meninggalkan semua anasir syirik seperti firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan dia akan mengampuni dosa selain itu." (Surah al-Nisa', ayat 48) Namun sesungguhnya dosa yang paling berat itu adalah dosa di antara manusia dengan manusia. Sebab dalam masalah ini Allah tidak ikut campur sebelum manusia itu menyelesaikannya terlebih dulu.

Hal itu dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW daripada Anas bin Malik yang bermaksud: "Kezaliman itu terbahagi kepada tiga. Pertama kezaliman tidak diampunkan Allah.

Kedua kezaliman diampunkan Allah dan ketiga kezaliman yang Allah tidak ikut campur dalam hal itu. Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik. Kezaliman diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atas dirinya dan tuhannya.

Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa di antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dulu." Allah tidak akan mengampunkan dosa seorang hamba kepada hamba yang lain sebelum kedua belah pihak menyelesaikan permasalahan mereka terlebih dulu. Jika tidak, pada akhirat nanti mereka akan saling menuntut balas dan membayar dosa dengan kebaikan atau memindahkan dosa orang dizalimi kepada yang menzalimi.

Pada hari itu mahkamah dipimpin Allah Maha Adil. Maka tidak ada sedikit pun kezaliman yang tidak dibalasi dan tidak ada sebesar zarahpun kebaikan kecuali akan diperlihatkan.

Oleh sebab itu meminta maaf ke atas dosa dilakukan kepada orang lain adalah sesuatu keharusan yang mesti dilakukan sebab meminta maaf di dunia jauh lebih mudah daripada harus membayar kesalahan itu pada akhirat kelak. Tidak seorang pun yang dapat membayangkan bagaimana dahsyat dan hebatnya alam akhirat. Namun Islam adalah agama penuh kasih sayang.

Maka setiap Muslim dianjurkan untuk memberi maaf sebelum orang meminta maaf. Sebab memberi maaf itu lebih dekat kepada ketakwaan seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa." (Surah al-Baqarah, ayat 237) Walaupun memberi maaf itu bukanlah sesuatu kewajipan, namun memberi maaf memiliki nilai yang sangat besar di sisi Islam.

Orang yang memaafkan selepas diminta maaf akan mendapatkan pahala memaafkan dan pahala daripada kezaliman ke atasnya. Namun orang yang memaafkan sebelum diminta maaf akan mendapat keuntungan sangat besar, iaitu ketenangan jiwa di dunia dan balasan berlipat ganda pada akhirat kelak, jauh melebihi nilai kezaliman yang dimaafkan itu.

Sempena mengakhiri Ramadan yang suci dan memasuki Syawal mulia sewajarnya kita membuka pintu maaf untuk siapa saja. Berikan ruang dalam hati untuk saling memaafkan kerana itu lebih utama daripada menyimpannya berlarutan di jiwa.

Rai Aidilfitri sebagai ibadat, bukan adat


Islam larang sambut 1 Syawal berlebih-lebihan dengan niat untuk menunjuk UMAT Islam akan meraikan Aidilfitri iaitu hari kebesaran penuh kemuliaan yang dihadiahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW atas kejayaan berpuasa Ramadan selama sebulan. Islam menganjurkan Aidilfitri disambut penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. Sesuai dengan kedudukannya sebagai hari yang mulia, sambutan Aidilfitri perlu mengikut tuntutan syariat. Meraikan Aidilfitri adalah satu ibadat. Oleh itu, ia berbeza dengan Aidilfitri yang disambut lebih sebagai adat. Setiap ibadat mengikut apa disyariatkan, sedangkan adat mengikut kebiasaan diamalkan sejak turun temurun dalam masyarakat.

Sambutan Aidilfitri bermula sebaik berakhir ibadat puasa Ramadan apabila kelihatan anak bulan Syawal.
Perkara utama perlu dizahirkan sebagai tanda bermula sambutan Aidilfitri ialah melaungkan gema takbir membesarkan Allah membuktikan ketaatan dan tunduk kepada-Nya dengan penuh ikhlas.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan sempurnakanlah ibadat puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadan (29 atau 30 hari), serta bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah, ayat 185) Amalan bertakbir dari satu rumah ke satu rumah, selain di masjid seperti diamalkan di sesetengah tempat memang baik.
Selain mengucapkan kalimah kebesaran, dapat juga merapatkan silaturahim sesama penduduk. Ketika itu juga terbuka peluang untuk menghulurkan tangan bermaafan dan membantu mana yang perlu.

Amalan itu perlu dilakukan dengan tertib dan ikhlas. Jangan hanya bertandang ke rumah tertentu dengan tujuan tertentu juga. Ada yang menyertai kumpulan takbir sekadar suka-suka dan berpeluang mengintai anak gadis.
Malam Aidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan kelebihan tersendiri. Berpandukan maksud sebuah hadis menjelaskan bahawa sesiapa beribadat pada dua malam hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.
Banyak orang yang menyertainya sembahyang sunat tasbih, taubat dan hajat yang diadakan di masjid. Amalan itu memang amat baik untuk menghidupkan malam Aidilfitri. Malang sekali banyak yang turut serta tanpa memahaminya.
Dikatakan ibadat itu hanya tertentu pada malam Aidilfitri, sedangkan ia boleh dilakukan sepanjang tahun. Individu yang tidak turut serta dipandang serong kerana dianggap tidak melakukan sesuatu yang 'wajib' pada malam hari raya.

Pada pagi Aidilfitri disunatkan mandi seperti amalan Rasulullah. Kemudian sunat menghiasi diri dengan pakaian terbaik yang dimiliki serta mengenakan wangian. Maksud pakaian terbaik bukan semesti baru dibeli atau dijahit.
Tetapi di kalangan masyarakat kita berpegang kepada maksud itu memaksa semua orang berpakaian baru dengan alasan itu tuntutan agama. Mereka bukan membuat sepasang baju baru untuk dipakai pada pagi hari raya, tetapi hingga empat atau lima pasang. Sebelum turun rumah menuju ke masjid atau tempat lapang untuk menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri, disunatkan juga menjamah sedikit makanan tanda tidak lagi berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah. Pada hari Aidilfitri diharamkan berpuasa.
Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya: "Nabi Muhammad SAW makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil." Rasulullah SAW ketika menuju ke masjid menggunakan jalan lain dan ketika pulangnya pula melalui jalan lain. Melalui jalan berbeza adalah bertujuan supaya dapat bertemu dengan ramai jiran yang tinggal di sepanjang jalan itu. Ketika bertemu disunatkan mengucapkan salam dan tahniah.
Sembahyang sunat Aidilfitri perlu dilambatkan sedikit, sedangkan solat Hari Raya Korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa yang belum mengeluarkan zakat fitrah yang wajib ditunaikan sebelum solat Aidilfitri. Sebenarnya sambutan hari raya hanya pada 1 Syawal sementara pada 2 Syawal dan hari seterusnya dibenarkan berpuasa ganti dan sunat. Di kebanyakan negara Arab, Aidilfitri hanya disambut sehari atau kalaupun sambutan masih diteruskan hanya untuk dua atau tiga hari.
Bagaimanapun, tidak dilarang untuk terus melakukan sambutan Aidilfitri selagi apa yang dilakukan tidak bertentangan syariat. Semangat kunjung mengunjung wajar diperbanyakkan. Jika hanya sehari tentu tidak banyak rumah yang dapat dilawati. Apa lagi jika membabitkan jarak perjalanan yang jauh. Namun apa yang ditakuti ialah kecenderungan masyarakat kita beraya sakan sepanjang Syawal. Ada yang mengaitkan sebagai tuntutan agama.
Jika berpuasa sepanjang bulan Ramadan, maka dikatakan sepanjang Syawal pula untuk berhari raya. Perlu ditegaskan, beraya sepanjang Syawal bukan dianjurkan Islam. Ia adalah adat, tetapi tidak salah untuk diamalkan. Apa yang penting kefahaman kita mengenainya dan bagaimana sambutan dilakukan. Mengadakan rumah terbuka dan amalan ziarah sempena Aidilfitri amat digalak bagi merapatkan hubungan yang renggang akibat pada hari lain semuanya sibuk dengan urusan masing-masing.
Ketika menghadiri rumah terbuka perlu ikhlas, bukan mengharapkan tuan rumah akan 'membalas' dengan datang ke rumah kita pula. Tuan rumah perlu melayan tetamu dengan perasaan ikhlas dan tidak bertujuan menunjuk-nunjuk hidangan disediakan. Begitu juga dengan amalan menziarah tanah perkuburan ketika hari raya. Sebenarnya masa untuk melawat tanah perkuburan tidak hanya pada hari raya. Sepatutnya, pada hari raya kita mengutamakan melawat orang yang masih hidup dan bukan orang sudah mati.
Jika benar kita ingin melakukan perkara baik berkaitan melawat kubur ahli keluarga elok dilakukan pada waktu lain, ketika tidak sibuk dengan urusan lain. Bacaan Yasin, tahlil dan doa untuk si mati boleh dilakukan di mana saja dan tidak terhad di kubur. Sambut Aidilfitri ini dengan sederhana. Islam melarang perbuatan melampau dan membazir. Bergembira keterlaluan mudah mengundang kelalaian.
Lebih baik kita tumpukan perhatian kepada tugas seharian yang perlu dilakukan untuk kebaikan semua. Kebanyakan amalan yang dilakukan dalam masyarakat kita adalah adat.
Sebab itu penting kita memperbetulkan niat dan mengetahui perkara sebenar supaya apa yang dilakukan termasuk dalam ibadat dan bukan sekadar melaksanakan adat. Setiap amalan bergantung kepada niatnya. Menyambut Aidilfitri dengan amalan mulia lebih bermakna dan mendatangkan keberkatan. Jangan jadikan ia sekadar adat dan bertujuan untuk bergembira semata-mata. Takut nanti falsafah hari raya sekadar sia-sia dan hanya mendapat kepuasan nafsu semata-mata. INFO: Cara rai Aidilfitri

Perkara utama perlu dizahirkan sebagai tanda sambutan Aidilfitri ialah melaungkan takbir membesarkan Allah membuktikan ketaatan kepada-Nya dengan ikhlas.

Pada pagi Aidilfitri disunatkan mandi seperti amalan Rasulullah. Kemudian sunat menghiasi diri dengan pakaian terbaik serta mengenakan wangian.

Sebelum sembahyang sunat Aidilfitri, disunatkan juga menjamah sedikit makanan tanda tidak lagi berpuasa dan bersyukur dengan nikmat Allah.

Mengadakan rumah terbuka dan amalan ziarah sempena Aidilfitri amat digalak bagi merapatkan hubungan yang renggang akibat pada hari lain semuanya sibuk dengan urusan masing-masing.

Melawat tanah perkuburan tidak hanya pada hari raya, sepatutnya pada hari raya kita mengutamakan melawat orang yang masih hidup.

Sambut Aidilfitri dengan sederhana kerana Islam melarang perbuatan melampau, membazir dan bergembira keterlaluan akan mengundang kelalaian.

Wednesday, September 24, 2008

Manifestasi Ramadan dalam kemeriahan Syawal

MASA berlalu begitu pantas sehingga sedar tak sedar Ramadan hampir berlalu meninggalkan kita buat sementara. Sebahagian daripada umat Islam akan terus membawa semangat Ramadan dengan berpuasa Syawal atau puasa enam.

Manakala sebahagian yang lain merasakan telah bebas daripada larangan untuk makan dan minum pada siang hari serta bergembira menyambut Syawal dengan menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Tidak kurang juga di kalangan kita yang akan bertambah berat badan secara mendadak setelah berlalunya bulan Ramadan.

Saban tahun Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah oleh umat Islam sebagai manifestasi daripada kejayaan mengharungi tarbiyyah ruhiyyah, iaitu suatu proses atau latihan mendidik jiwa dalam mengekang hawa nafsu.

Jihad mengekang hawa nafsu sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda Rasulullh SAW adalah jihad yang paling besar bagi setiap individu Islam. Bulan Ramadan yang baru berlalu merupakan suatu tempoh umat Islam diuji untuk berdepan secara 'gentlemen' dengan hawa nafsu mereka sendiri tanpa dibantu oleh syaitan yang dibelenggu.

Ramai di kalangan umat Islam yang telah berjaya dalam ujian tersebut mengikut parameter dan kualiti masing-masing, namun tidak kurang juga yang terus dibuai dan dikuasai oleh hawa nafsunya sendiri.

Ibadat puasa sebenarnya cukup signifikan dalam konteks memberi kesedaran dan kekuatan jiwa dalam diri umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti iman dan amal terhadap Allah SWT.

Kualiti puasa seorang mukmin itu bermaksud mereka bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, namun dari segala tindakan dan sifat yang ditegah di sisi agama.

Segala aktiviti pancaindera dan tindak balas melalui pandangan, pendengaran, percakapan dan perbuatan kita dikawal bagi memastikan pahala serta kualiti ibadat puasa itu tercapai.

Melayani penglihatan di luar batasan aurat yang dibenarkan, kumpulan penyakit hasad dengki seperti mendengar umpatan, memfitnah dan memburukkan seseorang serta perbuatan lain yang mengingkari perintah Allah SWT adalah antara sifat negatif yang ditegah dan wajib dijauhi oleh seluruh umat Islam pada setiap saat dan ketika.

Sabda Rasulullah S yang bermaksud:

''Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran-Nya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu".

Bulan Ramadan yang berlalu menjadi medan untuk membersihkan jiwa dan memperkuatkan rohani dengan sifat-sifat mahmudah melalui proses yang disebutkan tarbiyyah ruhiyyah tadi.
Ini dapat dilakukan melalui ibadat di sepanjang bulan tersebut dengan penuh keikhlasan dan semata-mata mengharapkan ganjaran daripada-Nya.

Mengunjungi masjid untuk solat waktu berjemaah dan solat tarawih, membaca al-Quran dengan penghayatan, berzikir, qiamullail serta bersedekah adalah umpama 'anti virus' paling berkesan yang dijamin oleh Allah SWT untuk umat Islam membersihkan diri dari sifat mazmumah dan menjadi titik tolak kepadanya dalam bermuhasabah ke arah perubahan yang lebih baik dan berterusan di sisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesuatu yang pelik (rugilah) sesiapa yang dapat melalui bulan Ramadan dan dia tidak mendapat keampunan dari Allah SWT".

Kedatangan Syawal disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana kejayaan mengharungi ujian dan latihan daripada Allah SWT.

Budaya saling bermaaf-maafan, menghubung dan mengeratkan silaturrahim, bersedekah dan seumpamanya adalah tuntutan agama dan mempunyai banyak falsafah dalam mendidik dan mencorakkan budaya masyarakat yang harmoni.

Namun apa yang penting di sebalik kemeriahan dan keseronokan berhari raya, kita tidak lupa kepada konsep kembali kepada fitrah, di mana seumpama meraikan 'kelahiran' semula kita sebagai hamba-Nya yang bersih daripada kemungkaran, yang bertaqwa dan dekat di sisi-Nya.

Di samping itu berusaha mengekal dan mempertingkatkan rentak keimanan melalui ibadat dan penyucian jiwa yang telah kita garap dan peroleh di sepanjang bulan Ramadan yang baru berlalu.
Marilah kita menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran, bertasbih dan bertahmid memuji kebesaran Ilahi.

Jauhilah pembaziran dan elakkan budaya mementingkan hiburan semata-mata ataupun sebagai hari yang bebas untuk melakukan apa saja melangkaui batasan peraturan dan agama.

Semoga penghayatan daripada falsafah berpuasa pada bulan Ramadan al Mubarak dapat dijadikan motivasi rohani dan bekalan seterusnya sebelum bertemu lagi dengan bulan 'pembersihan jiwa' ini yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.

Monday, September 1, 2008

Ramadan bukan waktu untuk belanja ikut nafsu


Puasa mengajar umat Islam bersabar hadapi ujian kehidupan, hargai nikmat kemerdekaan
HARI ini sekali lagi umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, bulan mulia yang menjanjikan pelbagai pengajaran dan ganjaran, bulan untuk kita meningkatkan ibadat serta mendekatkan diri dengan Allah. Seperti yang dituntut oleh agama, berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga kerana tidak makan dan minum pada waktu siang hanyalah ujian kecil yang boleh dilakukan oleh sesiapa saja termasuk kanak-kanak.
Jika sekadar mahu mengenal erti lapar dan dahaga, berpuasa sehari dua sudah cukup untuk kita merasainya. Apa yang lebih penting, ibadat puasa mengajak kita membersihkan diri daripada segala nafsu mata, telinga dan mulut.

Dalam erti kata lain, puasa mengajar umat Islam supaya lebih bersabar menghadapi segala ujian kehidupan, bersabar menahan nafsu rohani dan jasmani, nafsu membazir dan hidup berfoya-foya, nafsu marah, dendam dan pelbagai tindakan negatif. Kerana itu, puasa Ramadan kali ini adalah peluang terbaik kita untuk menghayati makna sebenar ibadat itu.
Dengan harga barang bertambah mahal, Bajet 2009 seharusnya mengajar kita mengawal perbelanjaan pada Ramadan supaya tidak berlaku pembaziran. Biasanya nafsu untuk makan pada bulan puasa sememangnya banyak, pelbagai juadah hendak dimakan tetapi apabila tiba masa berbuka banyak pula yang tidak pun disentuh.

Di sinilah letaknya kekuatan kita melawan nafsu makan kerana nafsu tidak mempunyai sempadan sedangkan perut kita mempunyai hadnya. Kita harus sedar, dalam kita mengecap kemewahan, masih ramai yang diburu kemiskinan dan diancam kebuluran. Belajar berlapar dan menahan nafsu bukan saja mendekatkan kita dengan Tuhan, malah meningkatkan lagi kesedaran kita dengan erti kehidupan. Kepada peniaga pula, inilah waktunya untuk mereka menentang nafsu tamak dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya atau mengelirukan pengguna melalui pelbagai tawaran dan taktik menjelang musim perayaan nanti.
Islam sememangnya menuntut umatnya bersatu padu dan sentiasa bersyukur. Bagi umat Islam yang benar-benar insaf dan mengerti makna kesyukuran, sama seperti Ramadan, membawa seribu rahmat. Kerana merdekalah, umat Islam di negara ini bebas melakukan ibadat tanpa sebarang sekatan dan ancaman seperti dialami saudara mereka di banyak negara di mana Islam menjadi agama minoriti. Bagaimanapun nikmat itu mungkin hilang jika mereka terus bersengketa dan bergaduh sesama sendiri seperti terjadi di beberapa negara Islam sebelum ini.
Selamat berpuasa Ramadan, semoga terpancar rasa kesyukuran, keinsafan dan keimanan yang lebih tinggi di sanubari kita.

Thursday, August 28, 2008

US lost the war against Jihad


In the Muslim world, members of the Organization of Islamic Conference (OIC) and so on, many government’s readily embraced the war on terror by enlisting their police, secret services and even their political party grassroots to ‘aid’ the US in its war on terrorism. Some countries even brandished their anti-Human rights records to prove they were on track against ‘Islamic terrorism’.The US lost the war against ‘Jihad’ and the ‘Jihadists’ and has decided to change the way its ‘war’ is to be called, turning it into a more political battle than an religious battle. What does this mean for Muslim government’s that has, since 911, went headlong into supporting the US in its global anti-Muslim war?
Did the US win the war on terrorism? Did it defeat the ‘enemy’ which it called ‘jihadists’? Did it succeed in changing ‘Muslims’ from being staunchly independent people to become the ‘slaves’ of the US? No. Washington under George W. Bush and his sponsors failed. Here we tell you why. The Department of Home Security (DHS) now urges its officials not to mention ‘jihad’ or ‘mujahideen’ or even ‘Islamic terrorists’ in their statements.What was the aim of the ‘crusade’ launched in 2001 by Bush against Islam? It was to conquer more Muslim land, to submit the Muslim masses to the rule of the ‘new Roman empire’ and to control the strategic resources and routes that are in Muslim hands. They failed for the simple reason that not many people across the world bought the ‘war’ on terrorism and very little people believed in the genuine of this war.The US now says the ‘civilized world is facing a ‘global’ challenge, which transcends geography, culture, and religion,” and called on Americans and officials to stop attacking Islam for that matter. Now they want to broaden the war on terror and stop the down slope for the US in what has become the ‘US V/S Islam’ war.To DHS’s Office for Civil Rights and Civil Liberties the challenge is now political more than religious since they have understood that by launching an ugly war against Islam from 2001 till today, they only encouraged Muslims to join the Osama Bin Laden groups and other groups that urges Muslims to fight against Americanism and western domination.In the Muslim world, members of the Organization of Islamic Conference (OIC) and so on, many government’s readily embraced the war on terror by enlisting their police, secret services and even their political party grassroots to ‘aid’ the US in its war on terrorism. Some countries even brandished their anti-Human rights records to prove they were on track against ‘Islamic terrorism’.Pakistan, Yemen, Jordan, now Iraq and Afghanistan, for a long time now Uzbekistan and to a lesser extent Malaysia and Indonesia as well as other Arab nations like Egypt and Saudi Arabia had followed the US in the lead to ‘catch’ Muslims and jail them for being ‘suspected’ terrorists.In the UK, France, Spain and other parts of the world the government’s used the war on terror as an excuse to check on their growing Islamic or Muslim populations, even expelling if not jailing and sending the jail birds to ‘Guantanamo’.The Muslim world used the war on terrorism to address ‘Islam’ in many other ways that might have been thought impossible before 911, such as the idea that ‘Islamic schools’ or ‘Madrassahs’ were anti-islamic in nature because they were preaching ‘extremism’. From terrorism to extremism, the line was thinly drawn and the Muslim leaders and governments in many cases abused the terms and abused their people too.Some leaders in the Islamic world even suggested that the ‘Quraan’ was not practical in many ways in the world today and some business leaders even told WorldFutures that it was not possible to practice Islam the Quraanic way today because it was simply not ‘practical’.All these were said and done thanks to the US war on terrorism, which turned out to be a war against Islam and Muslims worldwide. WorldFutures, since its inception, insisted that there was no war against terror but a rather global war against Muslims and Islam and today it is proven that it was true.With the DHS shifting its guns to the ‘political’ aspects of the war on terror, it is admitting that it was the sponsor of a war against Islam and that the Bush administration was trying to ‘win’ a war of civilizations. Now that puts the Muslim leaders who were fighting hand in hand with Bush in a very despicable position!Now in the US, many extremist Americans are finding it hard to believe that the US does not want to recognize the Islamic component in the terrorist networks that they say is still a threat confronting the US. By condoning a war of civilization, the regime of G. W. Bush destroyed many of the civil liberties that the American people gained in the last century. However, the return to the ‘political’ war will not bring back the lost liberties for the American people, alas.The DHS is also telling the American people that the new guidance on terrorism is a ‘strategy for influencing an outside audience, Muslims living beyond our shores,’ but it seems a bit too late to win the hearts and minds of the Muslim outside the US shores. The damages of the war against ‘Madrassah’s” and against the ‘Quraan’ is huge and it has become an impenetrable wall. The US under Bush will again fail in its strategy to win back those who were before 911, US supporters.For the DHS today, Islam is not a part of the problem but a key part of the solution. The guidance reflects a purpose to influence the agency’s most important inside audience: the American people, says some critics in the US.The DHS also says the following: “The fact is that Islam and secular democracy are fully compatible — in fact, they can make each other stronger. Senior officials should emphasize this positive fact.”U.S. officials may be "unintentionally portraying terrorists, who lack moral and religious legitimacy, as brave fighters, legitimate soldiers or spokesmen for ordinary Muslims," added the Homeland Security report.Hence, the purging of terms such as: jihadism, Islamo-fascism, and mujahideen from the US government’s and the public lexicon. The US, finally, want to portray Osama Bin Laden as the new illegal war lord who want to topple the western civilization not for ‘religious’ reasons since they now say OBL has no ‘religious’ or ‘Islamic’ credibility. As if the US was ever right in judging OBL’s ‘religious’ or ‘political’ ambitions!

Wednesday, August 6, 2008

Hormati perbezaan pendapat

BULAN Syaaban adalah antara bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Ia dianggap pintu gerbang sebelum kita menyambut Ramadan. Malah, Rasulullah SAW menganjurkan kita menggandakan amal ibadat dalam bulan ini.

Bagaimanapun, dalam keghairahan kita melakukan ibadat masih terdapat perselisihan pendapat berhubung pelaksanaan ibadat tertentu oleh masyarakat untuk dilakukan pada bulan ini.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto MOHD. SHAHARANI SAIRI menemu bual pensyarah kanan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor, Mohamad Shukran Abdul Razak bagi memperincikan hal ini.

Apakah maksud Syaaban dan apakah kelebihan yang terkandung di dalamnya?

MOHAMAD SHUKRAN: Dalam sebuah hadis Rasulullah ada bersabda yang antara lain maksudnya, Nabi bertanya kepada umatnya, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Jawab umatnya: Allah dan Rasulnya lebih mengetahui maknanya. Baginda menjawab Syaaban ini kata dasarnya adalah yatasha’abu yang membawa maksud berkembang segala kebaikan.

Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Antara amalan yang kerap dilakukan oleh umat Islam negara ini adalah membaca Yasin tiga kali dan mengaitkannya dengan malam Nisfu Syaaban. Adakah terdapat nas tentang perbuatan sedemikian?

MOHAMAD SHUKRAN: Umumnya, masyarakat Melayu di negara kita memang melakukan banyak amalan. Setengahnya kalau dirujuk kepada sumber asal ada percanggahan pendapat. Ada yang merujuk kepada nas sahih dan kadang-kadang ia dilakukan secara jemaah tetapi bila diselidiki amalan tersebut tidak ada nas yang sahih.

Melihat pada tradisi yang biasa dan masyhur dilakukan oleh umat Islam negara kita adalah amalan membaca Yasin tiga kali menyambut Nisfu Syaaban. Kali pertama ia diniatkan supaya dikuatkan iman, kedua dimurahkan rezeki dan ketiga dipanjangkan umur.

Sebenarnya amalan sebegini bukanlah berakar umbi di kalangan masyarakat Melayu sahaja tetapi ia berlaku sejak zaman tabien. Antaranya adalah solat sunat al-khair yang dibuat beratus-ratus rakaat pada malam tersebut.

Solat sedemikian ditolak oleh ulama fikah hijaz iaitu Mekah dan Madinah kerana tidak ada nas atau hadis sahih mengenainya.

Tentang membaca Yasin tiga kali pada malam Nisfu Syaaban ini pun tidak ada nas yang qatie (tepat) yang menunjukkan Rasulullah SAW berbuat demikian.

Ada juga yang tanya, adakah salah atau bidaah kita baca Yasin pada malam Nisfu Syaaban?
MOHAMAD SHUKRAN: Untuk mengatakan amalan tersebut tidak akan kaitan atau bidaah, kita perlu berhati-hati. Sebabnya, ulama bersetuju memang tidak ada nas yang qatie tentang bacaan Yasin tiga kali itu. Namun, bagi saya untuk terus menolaknya kita memerlukan pertimbangan yang wajar. Yang dilarang oleh Islam adalah bidaah dari segi akidah.

Sebabnya, ada nas lain yang menyuruh supaya umat Islam membaca al-Quran. Antaranya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pemiliknya. (riwayat Muslim)
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Orang yang terbaik dari kalangan kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya. (riwayat Bukhari)
Malah, surah Yasin itu juga adalah jantung al-Quran di mana ramai ulama telah pun membincangkan kelebihan membacanya.

Saya melihat isu ini lebih kepada sudut ilmu. Para ulama tidak mahu masyarakat membuat andaian sambil lewa tanpa ada hukum atau dalil yang mewajibkannya.

Namun, untuk mengatakan wajib baca Yasin tiga kali pada malam Nisfu Syaaban itu memang salah. Sebabnya, Rasulullah tidak pernah mengatakan begitu.

Sebab itu, kalau kita merujuk kepada kitab Adab-adab Perbezaan Pandangan, apabila berlaku dua pendapat, kita kena berhati-hati supaya akhirnya perbezaan itu tadi membawa kebaikan kepada umat Islam.

Saya lebih suka melihat kepada syiarnya. Manusia ini sifatnya kalau tidak ada sebab, mereka tidak akan melakukan sesuatu. Maknanya, kalau bukan kerana Nisfu Syaaban mungkin tidak ramai yang membaca Yaasin di masjid atau surau-surau.

Jadi, bagaimana hendak menyambut malam tersebut, daripada tidak berbuat apa-apa lebih baik membaca al-Quran. Walaupun tidak semestinya baca Yasin tetapi masyhurnya orang Melayu adalah membaca surah tersebut.

Hal yang sama juga apabila kita mengadakan kenduri tahlil arwah. Memanglah tidak ada nas tentang hal itu. Tetapi bab memberi makan kepada orang lain dan menghubungkan silaturrahim itu memang ada nas dan hadisnya. Cuma yang dibimbangi adalah masyarakat beranggapan mengadakan kenduri tahlil arwah itu wajib.

Saya berpendapat, kita harus menghormati kedua-dua pandangan. Selagi amalan seperti membaca Yasin dan tahlil arwah itu tidak membawa kerosakan, eloklah ia diteruskan.

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku”. Ini adalah antara hadis yang kerap dibaca dalam bulan Syaaban. Apakah status hadis ini?

MOHAMAD SHUKRAN: Ada yang mengatakan hadis ini daif dan ada yang mengatakannya mauduk (rekaan). Namun, untuk mengetahui secara tepat, kita perlu merujuk kepada ahli hadis dalam bab Mustalah Hadis.

Bagaimanapun, hadis yang daif ini masih boleh dipakai dengan tujuan untuk amalan individu atau sebagai motivasi. Bagi hukum yang lebih besar atau mengenai bab sah atau tidak memanglah ia tidak boleh digunakan. Ini kerana taraf hadis yang boleh dijadikan nas mesti sekurang-kurangnya hadis hasan. Yang terbaik adalah hadis mutawatir.

Sejak kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam sudah berbeza pandangan dalam bab fikah. Fikah ini sifatnya dinamik. Sebab itu kita mempunyai imam mazhab seperti Imam Syafi’ie, Hanbali, Maliki dan Hanafi.

Apa yang lebih dibimbangi adalah Barat akan mengambil kesempatan terhadap perbalahan akibat perbezaan pendapat dalam bab furuk begini. Kita tidak mahu umat Islam beranggapan yang agama suci ini terlalu banyak mengongkong umatnya.

Walhal, Islam memang menyuruh kita berbuat baik contohnya kepada ibu bapa dan isteri. Tetapi disebabkan perbalahan tadi, Barat dilihat lebih mempromosikan kasih sayang apabila mewujudkan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Kekasih pada setiap 14 Februari.

Demikian juga halnya dengan sambutan hari lahir. Islam meraikannya dengan amalan sunat membuat akikah iaitu dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

Apa yang kita bimbang, perbalahan dalam perkara furuk ini akhirnya menyebabkan masjid dan surau-surau menjadi kosong dan tidak diimarahkan.

Sebenarnya, dalam banyak perkara, Nabi SAW telah menunjukkan kepada kita bagaimana Islam meraikannya.

Cuma, barangkali kita kurang mempromosikannya berbanding Barat yang pada masa sama mahu melalaikan umat Islam melalui sambutan-sambutan tersebut.

Apakah pula hadis yang menyebut kelebihan bulan Syaaban dan apakah amalan sunat yang perlu dibanyakkan?

MOHAMAD SHUKRAN: Antara hadis tersebut adalah Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berpuasa hingga kami menganggap ia tidak berbuka, dan ia berbuka sehingga kami menganggap ia tidak berpuasa dan aku tidak pernah melihat baginda menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadan dan aku juga tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis lain yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban adalah “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)”. (riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

Syaaban persiapan tempuh Ramadan

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa. (at-Taubah : 36).

Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis.

Abu Bakrah menceritakan bahawa Nabi SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata: Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).

Bulan dalam bahasa Arab disebut Al-Syahru yang bermaksud zaman atau masa iaitu merujuk kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan dirasmikan penggunaan oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah:

Muharram erti diharamkan, kerana ia adalah bulan pertama daripada empat bulan yang diharamkan berperang dalam Islam.

Safar pula ertinya kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas.

Rabiulawal dan Akhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau.

Jumada Ula dan Jumada Akhir, erti Jumada itu ialah membeku di mana waktu ini biasanya berlaku musim sejuk yang menyebabkan air membeku. Asal perkataan Jumada ialah ‘Jamada’ yakni membeku.

Rejab pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka mengadakan gencatan senjata di bulan ini sebagai memuliakannya.

Syaaban bererti pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar pada bulan setelah duduk lama di rumah pada bulan Rejab. Mereka juga keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadan bererti panas, kerana kebiasaannya pada waktu dahulu pada bulan ini berlaku cuaca panas.

lSyawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan.

lZulkaedah merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.

lZulhijjah pula dikaitkan dengan kebiasaan kaum Arab ke Kaabah menunaikan haji pada bulan ini.

Berdasarkan makna setiap bulan yang dinyatakan pastinya masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Termasuklah juga dengan bulan Syaaban.

Ketibaan bulan Syaaban seharusnya disambut dengan azam dan komitmen untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dengan memperbanyakkan amalan dan kebajikan. Sebabnya hidup seorang muslim hendaklah sentiasa berubah kepada keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Sebagai Muslim sewajarnya kita mengetahui apakah kelebihan bulan Syaaban agar ketibaannya dapat dihayati dengan sebaiknya.

Memanfaatkannya

Keistimewaan ini juga menunjukkan kepada kita bagaimana Islam sangat mementingkan soal masa. Di mana ada saat-saat tertentu yang mempunyai fadilat yang khusus dan jika tidak diambil kesempatan untuk memanfaatkannya akan berlalu begitu sahaja serta tiada peluang lagi untuk dikembalikan.

Menyentuh tentang kelebihan bulan Syaaban terdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan tentangnya.

Antaranya: Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berpuasa hingga kami menganggap ia tidak berbuka, dan ia berbuka sehingga kami menganggap ia tidak berpuasa dan aku tidak pernah melihat baginda menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadan dan aku juga tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Aisyah r.a. juga berkata: Sesungguhnya ia (Nabi Muhammad) berpuasa pada bulan Syaaban keseluruhannya dan baginda bersabda: Laksanakanlah amalan sedaya yang kamu mampu, sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Dan sebaik-baik solat (sunat) pada sisi Rasulullah SAW ialah yang berterusan meskipun sedikit, kerana baginda apabila solat (sunat) baginda akan sentiasa terus melakukannya. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Abu Salamah r.a. pula berkata: Aku pernah bertanya Aisyah r.a. tentang puasa Rasulullah s.a.w. lalu dijawab: Bahawa Nabi berpuasa sehingga kami berkata memang ia berpuasa dan ia berbuka sehingga kami berkata memang ia berbuka, dan aku tidak pernah melihatnya berpuasa lebih banyak daripada bulan Syaaban, ia pernah berpuasa sebulan pada bulan Syaaban dan pernah juga ia berpuasa sedikit pada bulan Syaaban. (riwayat Muslim).

Di dalam riwayat yang lain Ummu Salamah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat baginda SAW berpuasa berturut-turut melainkan pada bulan Syaaban dan Ramadan. (riwayat Tirmidzi).

Aisyah r.a. juga meriwayatkan bahawa bulan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW berpuasa ialah bulan Syaaban kemudian disambung ke bulan Ramadan. (riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Bagi mereka yang ingin berpuasa di bulan Syaaban sebaiknya dimulakan dari awal bulan Syaaban. Ini kerana terdapat larangan berpuasa dihujung Syaaban bagi mereka yang tidak pernah berpuasa di awalnya.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila sudah tinggal separuh dari bulan Syaaban maka janganlah kamu berpuasa.

Berdasarkan hadis ini para ulama menyatakan adalah ditegah jika seseorang berpuasa di hujung Syaaban kerana ingin menyambungnya terus dengan puasa di bulan Ramadan.

Berkenaan dengan hikmah atau rahsia menunaikan ibadah di bulan Syaaban, terdapat hadis-hadis sahih yang menceritakannya. Antaranya:

Usamah bin Zaid berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sebulan seperti mana kamu berpuasa pada bulan Syaaban.

Jawab Nabi SAW: Itulah bulan di mana manusia mengabaikannya iaitu bulan antara Rejab dan Ramadan (Syaaban). Ia adalah bulan di mana segala amalan akan diangkat kepada Tuhan sekelian alam dan aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa. (riwayat Nasai dan Ahmad)

Abu Musa al-Asyaari pula menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah melihat (amalan hamba-hamba-Nya) pada malam Nisfu Syaaban lalu diampunkan dosa semua makhluk-Nya (hamba-Nya) kecuali syirik dan orang yang memutuskan silaturahim (tidak bertegur dengan saudaranya). (riwayat Ibnu Majah)

Abdullah bin Amru juga pernah meriwayat bahawa Rasulullah bersabda: Allah melihat kepada makhluknya pada malam Nisfu Syaaban lalu diampunkan hambanya kecuali dua iaitu orang yang memutuskan silaturahim (tidak bertegur dengan saudaranya) dan pembunuh. (riwayat Imam Ahmad)

Demikianlah beberapa hadis yang menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dan pertengahan bulan Syaaban atau Nisfu Syaaban sebagai pintu masuk kepada ketibaan bulan yang lebih istimewa iaitu Ramadan.

Pelaksanaan ibadah bulan Syaaban adalah satu kebebasan kepada umat Islam tanpa dikhususkan kepada amalan-amalan tertentu atau dengan cara yang tertentu kecuali nas yang menggalakkan berpuasa sunat.

Oleh itu, di samping ibadah puasa, bolehlah juga dilakukan amalan-amalan lain seperti bersedekah, berzikir, qiamullail dan sebagainya.

Di samping itu, elok juga di bulan Syaaban ini kita membuat persiapan menyambut ketibaan bulan yang penuh barakah iaitu Ramadan. Pada kebiasaannya umat Islam menghias rumah dan membuat persiapan awal bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri sebaliknya persiapan Ramadan tidak diambil berat. Sedangkan hari raya cuma sehari, puasa Ramadan pula sebulan lamanya.

Sebaiknya bulan Syaaban dibuat persediaan bagi menempuh Ramadan. Persiapan sama ada dari sudut ruhiah yakni dengan membiasakan diri dengan puasa dan ibadah lain di samping persiapan fizikal seperti menghias rumah, menyediakan pakaian baru dan mengadakan ruang khusus untuk beribadat di rumah.

Bulan Syaaban juga elok dijadikan saat untuk bertaubat dan memohon keampunan Allah dan berdoa agar dikurniakan sifat istiqamah serta kesihatan supaya dapat menghayati sepenuhnya bulan Ramadan yang bakal tiba.

Niat dan cara hendaklah betul

Soal kejelasan niat dalam sesuatu tindakan adalah rukun utama bagi segala gerakkerja. Setelah akidah seseorang itu selamat dan sejahtera, Islam meletakkan syarat utama bagi setiap amalannya pula adalah niat yang betul. Nabi SAW bersabda: "Setiap amalan itu hanyalah berdasarkan niat" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, amalan yang sama dihukum berbeza berdasarkan niat seseorang. Seseorang yang jatuh dari bangunan tinggi kerana tergelincir tidak sama kedudukannya di sisi Allah dengan seorang yang jatuh dari bangunan tinggi kerana ingin membunuh diri. Walaupun barangkali pada zahir mereka yang melihat mayat itu menyangka sama, di sisi Allah berbeza. Adapun yang tergelincir dimaafkan Allah dan mungkin mendapat pahala jika dia berada di atas bangunan itu dengan tujuan yang baik, sementara yang membunuh diri telah melakukan dosa yang maha besar di sisi Allah. Namun niat yang jujur itu tidak berpada, jika cara yang dibuat itu tidak betul. Jika insan yang tergelincir tadi sengaja menempah cara yang membawa maut sedangkan ia boleh dielakkan, mati dia dianggap mencampakkan diri ke dalam kebinasaan yang diharamkan oleh Allah. Islam tidak mengiktiraf cara Robin Hood yang merompak dengan tujuan untuk bersedekah. Dalam soal politik, ekonomi, ibadah khusus dan selainnya, prinsip Islam adalah sama iaitu matlamat tidak menghalalkan cara.

Maka dalam Islam, setelah disyaratkan niat yang betul, amalan yang dianggap soleh atau yang dikira pahala dalam Islam ini mestilah caranya juga betul iaitu bertepatan dengan tunjuk ajar Allah dan al-Sunnah. Jika dalam persoalan ibadah khusus seperti solat, puasa, haji dan seumpamanya syarat yang kedua setelah niat seseorang itu baik adalah amalan yang diiktiraf betul itu berdasarkan ia pernah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Seseorang yang ikhlas niatnya, tetapi melakukan solat yang tidak pernah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, maka itu dinilai salah dan menyanggahi sunnah. Umpamanya jika seorang mencipta solat baru atas apa-apa sempena atau nama seperti 'solat turun harga minyak' maka itu dianggap salah di sisi syarak, walaupun niatnya betul. Justeru itu, tidak hairan jika para ulama membantah dengan begitu keras amalan-amalan ibadah yang baru direka yang tidak ada dalam hadis-hadis yang sahih. Tokoh dalam Mazhab al-Syaifi'i, Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) umpamanya ketika mengulas tentang Solat Raghaib, iaitu solat sunat khas yang dilakukan pada malam Jumaat pertama bulan Rejab, beliau begitu tajam membantah. Ini dapat dilihat beliau ketika mensyarahkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim: Daripada Abi Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda: "Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan solat yang berbeza dengan malam- malam yang lain. Jangan kamu mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa yang berbeza dengan hari-hari yang lain, kecuali ia dalam (bilangan hari) puasa yang seseorang kamu berpuasa. (Riwayat Muslim).

Kata al-Imam al-Nawawi: "Pada hadis ini larangan yang nyata mengkhususkan malam Jumaat dengan sesuatu solat yang tiada dengan malam-malam yang lain dan puasa pada siangnya seperti yang telah dinyatakan. Sepakat para ulama kemakruhannya. Para ulama berhujah dengan hadis ini mengenai kesalahan solat bidaah yang dinamakan solat al-Raghaib. Semoga Allah memusnahkan pemalsu dan pereka solat ini. Ini kerana sesungguhnya ia adalah bidaah yang mungkar daripada jenis bidaah yang sesat dan jahil. Padanya kemungkaran yang nyata. Sesungguhnya sejumlah para ulama telah mengarang karangan yang berharga begitu banyak dalam memburukkan dan menghukum sesat orang menunaikan solat tersebut dan perekanya. Para ulama telah menyebut dalil-dalil keburukan dan kebatilannya dan kesesatan pembuatnya". (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 3/211. Beirut: Dar al-Khair). Demikian tokoh lain Mazhab al-Syafi'i al-Imam al-Sayuti (meninggal 910H) berkata: "Ketahuilah olehmu, semoga Allah merahmatimu, sesungguhnya membesarkan hari tersebut dan malamnya (hari dan malam Jumaat pertama Rejab) hanya perkara baru yang dibuat dalam Islam selepas 400 tahun. Diriwayatkan mengenainya hadis yang palsu dengan sepakat ulama yang mengandungi kelebihan berpuasa pada siangnya dan bersolat pada malamnya. Mereka menamakan solat Raghaib". Katanya juga: "Ketahuilah sesungguhnya solat yang bidaah ini menyanggahi kaedah-kaedah Islam dalam beberapa bentuk…"( Al-Sayuti, Al-Amr bi al-Ittiba' wa al-Nahy 'an al-Ibtida' m.s 52. Beirut: Dar al-Fikr ).

Kita lihat mereka ini begitu tegas bahkan ayat mereka begitu perit dan keras dalam membantah amalan ibadah khusus yang tidak berasal daripada Nabi SAW. Tujuan mereka semua demi mengekalkan ketulenan agama wahyu, agar tidak berlaku campur tangan manusia. Firman Allah: (maksudnya): "Apakah bagi mereka sekutu-sekutu yang membuat syariat - mana-mana bahagian dari agama mereka - apa yang tidak diizinkan oleh Allah? (Surah al-Syura: ayat 21). Sabda Nabi SAW.: "Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Saya begitu tertarik dengan dialog antara al-Imam Malik dengan seorang yang ingin membuat amalan yang lebih baik daripada Nabi SAW. Seorang lelaki telah datang kepada al-Imam Malik dan berkata: "Wahai Abu 'Abd Allah (gelaran al-Imam Malik) dari mana aku patut berihram?. Jawabnya: "Daripada Zu Hulaifah di tempat yang Rasulullah berihram". Kata lelaki itu: Aku ingin berihram bermula dari Masjid Nabi. Jawab al-Imam Malik: "Jangan buat". Kata lelaki itu: Aku ingin berihram bermula dari kubur Nabi SAW. Jawab al-Imam Malik: "Jangan buat, aku bimbang fitnah (kerosakan agama) menimpa kamu". Tanya lelaki itu: Apa fitnahnya? Ia hanya jarak yang aku tambah. Jawab al-Imam Malik: "Apakah lagi fitnah yang lebih besar daripada engkau melihat bahawa engkau telah mendahului satu kelebihan yang Rasulullah SAW yang telah menguranginya. Sesungguhnya aku telah mendengar Allah berfirman: (maksudnya) "Berhati-hatilah mereka yang menyalahi perintahnya (Rasulullah SAW), jangan sampai menimpa mereka musibah, atau menimpa mereka azab seksa yang pedih (Surah al-Nur ayat 63)" (Al-Syatibi, Al-I'tisam, m.s. 102 Beirut: Dar al-Kitab al-'Arabi)

Berihram

Walaupun lelaki ini ingin berihram daripada tempat yang begitu baik iaitu masjid Nabi SAW atau kubur baginda SAW, namun al-Imam Malik bin Anas membantahnya disebabkan ia ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW. Beliau menyatakan ini adalah fitnah kerana seakan lelaki itu menganggap diri seakan dapat melakukan ibadah yang lebih baik daripada Nabi SAW.
Jelas, niat yang baik tidak memadai jika tidak berdasarkan petunjuk yang betul. Dalam soal muamalat atau kehidupan biasa agama begitu luas. Tidak begitu sempit seperti dalam soal ibadah khusus yang membabitkan solat, puasa, doa khusus dan seumpamanya. Namun begitu, janganlah dalam kealpaan kita menguruskan urusan dunia, maka pelaksanaan perkara-perkara yang baik dibuat dalam bentuk yang menyanggahi prinsip-prinsip Islam. Mengutip derma untuk anak yatim umpamanya memanglah baik tujuannya. Namun, jika caranya itu dengan membuat konsert yang menggalakkan anak muda ke arah unsur-unsur yang negatif maka itu tidak lagi dianggap baik. Ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

Sebab itu saya membantah upacara tafakur dan menghormati Tugu Negara. Walaupun mungkin niatnya baik untuk mengenang para pahlawan kita, namun itu bukan caranya. Upacara itu mempunyai unsur keberhalaan dan bertentangan dengan prinsip akidah Islam yang bersih dari unsur kesyirikan. Jika pelaku upacara ini menyatakan dia tidak mempunyai sebarang iktikad atau niat bahawa tugu itu dapat memberikan manfaat atau mudarat melainkan sekadar upacara kosong semata, bererti pelakunya itu telah melakukan kerja yang sia-sia. Juga ia tetap haram di sisi syarak kerana menyamai aktiviti agama penganut kesyirikan. Jika pelaku upacara tersebut beranggapan perbuatan tersebut boleh mendatangkan keamanan dan ketenteraman kepada negara, atau kebahagiaan kepada ruh para pahlawan, maka keyakinan dan pelakuan itu membawa kesyirikan yang jelas. Lupakah kita apa yang Nabi Ibrahim a.s tegur kaumnya? Firman Allah: (maksudnya) Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya.Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah ini patung-patung ini yang kamu berdiri mengadapnya (memujanya)?.Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk nenek kamu dalam kesesatan yang nyata". (Surah al-Anbiya: ayat 51-54). Fatwa-fatwa di peringkat beberapa negeri dan kebangsaan telah pun mengharamkan perbuatan ini. Malangnya ia dihidupkan kembali secara rasmi dan umat Islam mendiamkan diri. Saya mengambil risiko mengingatkan hal ini untuk seluruh umat Islam, terutama kepada generasi baru yang mula longgar pegangan akidah mereka. Janganlah kerana mereka melihat hal ini dilakukan di peringkat atasan, lalu mereka menganggap ia tidak menjadi kesalahan dalam pegangan agama. Besok mungkin mereka juga akan pergi memberikan hormat atau sembahan kalungan bunga atau buah kepada mana-mana patung atau tugu atau pongsu yang dianggap mulia. Janganlah pula sesiapa yang memakai gelaran agama cuba untuk menjustifikasikan pula perbuatan tersebut. Jangan sampai pengampu atau penasihat ber'persen' itu membawa rebah.

Lupakah kita kepada nama-nama berhala Kaum Nabi Nuh a.s. Firman Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran: (maksudnya) "Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr. Dan Sesungguhnya ketua-ketua itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia); dan (dengan Yang demikian) janganlah Engkau (Wahai Tuhanku) menambahi orang-orang Yang zalim itu melainkan kesesatan jua" (Surah Nuh: ayat 23-24).

Dalam hadis al-Bukhari, Ibn 'Abbas menyebut bahawa: Wadd, Suwaa, Yaghuth, Ya'uuq dan Nasr tersebut asalnya nama orang-orang soleh di kalangan kaum Nuh. Apabila mereka meninggal, syaitan mengilhamkan kepada kaum Nuh agar membuat patung-patung ditempatkan dalam majlis-majlis mereka. Patung-patung tersebut dinamakan dengan nama orang-orang soleh berkenaan. Lalu kaum Nuh pun membuatnya tanpa disembah. Sehinggalah apabila matinya generasi tersebut dan pengetahuan pun sudah tiada, maka patung-patung itu pun disembah. (Riwayat al-Bukhari)

Natijah

Demikianlah kadang-kala perkara-perkara yang membawa kepada natijah yang amat buruk itu bermula dengan niat yang kelihatannya baik. Ini disebabkan tidak meneliti hasil atau natijah sesuatu tindakan. Orang politik sukakan hasil segera untuk keuntungan politiknya. Kadang-kala mereka tidak sempat mendongak ke langit untuk memikirkan kesan tindakan mereka pada masa hadapan. Sedangkan Nabi s.a.w mengingatkan kita: "Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti pahala orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti dosa orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun". (Riwayat Muslim)

Perlaksanaan niat yang baik, hendaklah dengan cara yang baik juga. Begitulah dalam isu-isu politik yang berbagai-bagai pada hari ini. Keghairahan mengubah landskap politik itu hendaklah dengan niat yang baik dan caranya juga baik. Ramai orang mendakwa niatnya baik. Namun kita tidak tahu apa yang terselit dalam jantung hatinya. Cuma yang dapat lihat adalah tindakannya. Tindakan itu biasanya dapat mentafsirkan niat yang terpendam. Sama seperti pertunjukan konsert londeh seluar yang kononnya dikatakan bertujuan baik. Namun yang kita tahu caranya buruk, maka ia dinilai dengan nilaian yang buruk. Sekali lagi, kita bukan pengikut Robin Hood yang menghalalkan sebarang tindakan yang nyata bertentangan dengan etika yang betul hanya semata atas slogan atau kononnya niat yang betul.

Antara sesat dan benar

SOALAN: Secara peribadi ingin saya luahkan perasaan saya untuk menyatakan bahawa usaha-usaha mengekang ajaran sesat yang menjadi-jadi di negara kita ini gagal. Ramai pegawai dan orang yang terpelajar terjebak dengan ajaran-ajaran ini. Contohnya rasul Melayu, yang begitu jelas bertentangan dengan ajaran Islam tetapi mendapat sokongan pengikut yang bukannya sedikit.

Kes ini berlarutan sehingga sekarang. Kadang-kadang timbul rasa memberontak dalam pemikiran yang ajaran-ajaran seumpama ini dibiarkan begitu sahaja. Satu tindakan yang drastik mesti diambil dan dihalang daripada terus menerus merosakkan akidah umat Islam.

JAWAPAN: Saudara silap membuat kesimpulan bahawa kegiatan seperti ini dibiarkan begitu sahaja, dibiarkan terus menerus bermaharajalela oleh jabatan-jabatan agama di seluruh Malaysia.

Tidak ada orang yang rela sesat. Sesat dalam konteks ini, yang berkaitan dengan ajaran sesat akan menyebabkan seseorang itu menyekutukan Allah, murtad iaitu keluar daripada Islam atau akhirnya menjadi kufur.

Dalam Islam, hanya Islam agama yang diiktiraf oleh Allah. Islam itu bersyahadah, iaitu naik saksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Dasar ini adalah jelas. Islam itu dibawa oleh Muhammad. Baginda adalah Rasulullah, yang datang bersamanya mukjizat al-Quran.

Baginda adalah nabi dan rasul yang terakhir atau “khatamu’n-nubuwwah.” Tidak ada rasul selepas baginda. Barang siapa menyanggah dasar ini, iaitu mengaku adanya rasul selepas Muhammad atau mengaku yang dirinya rasul, contoh rasul Melayu, maka dia telah terkeluar daripada dasar Islam yang sebenar. Dengan demikian dia telah terkeluar daripada Islam iaitu murtad.

Tidak ada manusia yang berakal, waras dan sengaja reda menjadi sesat, kerana sesat itu berakhir ke neraka, namun kerana mereka yang terlibat tidak menyedari bahawa apa yang dilakukan itu sebenarnya sesat, mereka tidak menyedari perbuatannya bertentangan dengan ajaran Islam.

Kesemuanya ini berlaku kerana kejahilan terhadap dasar Islam yang dijelaskan tadi. Kerana itu mereka terus sesat, malah di antara mereka ada yang begitu taksub dengan pegangan iaitu kesesatan tadi. Bukan mudah untuk mengembalikan atau memberi kesedaran untuk kembali memahami dan menginsafi kesilapan mereka.

Dalam usaha menangani masalah ajaran sesat, setiap institusi yang bertanggungjawab mengendalikannya iaitu jabatan-jabatan agama termasuk Jakim mesti mempunyai team yang komited, turun ke padang melakukan siasatan.

Tidak mudah untuk membezakan badan-badan tertentu yang sesat dan yang benar. Ada tarikat yang namanya sama, tetapi tindak tanduknya berbeza yang sesat dan tidak sesat.

Kumpulan ajaran ini kebiasaannya bergerak secara rahsia. Orang luar tidak boleh tahu, biarpun kepada isteri atau suami, selain ahli-ahli kumpulan. Setelah siasatan, laporan mesti dilakukan. Pegawai penyiasat mesti mempunyai kemahiran, mempunyai latar belakang menyelidik dan berupaya memberi laporan selengkapnya.

Masalah utama yang dihadapi sekarang ialah kurangnya kakitangan yang mahir dan mempunyai latar belakang yang mantap untuk membuat laporan. Rasul Melayu yang timbul baru-baru ini, yang begitu lama bergerak dan terus menerus bergerak mesti disiasat, apa sebenarnya dasar atau pegangan yang melibatkan penyelewengan iktikad.

Kalau ia menjelaskan bahawa setelah Nabi Muhammad itu ada lagi nabi atau rasul lain, diperjelaskan bahawa Muhammad itu adalah rasul yang terakhir. Kalau didakwa bahawa rasul Melayu itu tidak perlu sembahyang, kerana martabatnya tinggi itu ia sembahyang di Mekah, perlu diperjelaskan bahawa setiap orang Islam, apabila cukup syaratnya wajib bersembahyang.

Apabila tiba waktu sembahyang zuhur misalnya, seseorang itu wajib sembahyang pada waktunya, contoh pada pukul 1.30 tengah hari. Sekiranya rasul Melayu itu sembahyang di Mekah, sebenarnya ketika itu Mekah belum lagi waktu sembahyang Zuhur. Seseorang yang bersembahyang mesti sembahyang dengan jasad. Tentunya menggelikan hati sekiranya seorang “rasul” itu jasadnya berada di Malaysia, tetapi rohnya ke Mekah untuk menunaikan sembahyang zuhur di Mekah yang belum tiba waktunya.

Banyak lagi hujah untuk membuktikan bahawa asas pegangan ajaran sesat seumpama ini dapat difikir kesilapan atau kesesatannya. Semua ini memerlukan penyiasat yang komited dan mempunyai latar belakang agama yang kuat dan banyak melakukan penyelidikan.

Disebarkan

Setelah fakta-fakta seperti ini diperoleh, ia perlu disusun rapi, dicetak dan disebarkan kepada awam. Disiarkan melalui akhbar, majalah, radio, televisyen dan lain-lain media. Sayangnya usaha-usaha seperti ini tidak dilakukan atau terlalu kurang dilakukan kerana tidak adanya perancangan yang jelas.

Kekurangan penyelidik atau pegawai penyiasat untuk melakukan tindakan yang lebih berkesan bukan masalah besar. Sekiranya mereka tidak mempunyai latar belakang yang kemas untuk menyelidik juga membuat laporan, badan yang dipertanggungjawabkan boleh menghantar pegawai-pegawai ini menghadiri kursus-kursus jangka pendek di universiti tempatan atau memanggil pensyarah dari luar untuk datang memberi kuliah ke pejabat. Apa yang lebih penting ialah kesedaran untuk melakukan tugas kepada pegawai-pegawai berkenaan yang lebih memberi kesan.

Tindakan untuk membanteras ajaran sesat tidak sewajarnya dilakukan hanya setelah mendapat aduan orang ramai ataupun setelah berita kegiatan ajaran itu keluar surat khabar. Pegawai yang dipertanggungjawabkan mesti pro aktif, untuk membanteras, menyekat juga mematau. Usaha ini mesti mendapat kerjasama semua lapisan masyarakat. Hanya dengan cara demikian usaha-usaha ini akan berkesan. Jangan sampai kumpulan ini berkampung, ahli-ahli membawa anak pinak dan teman-teman berhimpun di pusat kegiatan berkenaan baru tindakan diambil.

Ajaran sesat adakalanya didalangi oleh orang dari luar, sama ada mereka datang untuk mengajar, bertemu pengikut-pengikutnya untuk mengutip habuan ataupun mereka yang diberi status penduduk tetap. Dalam hal seumpama ini, KDN mesti bertindak melarang mereka yang terlibat masuk atau mengambil apa-apa tindakan yang boleh menyekat tindak-tanduk mereka.
Kesemuanya ini tidak akan dapat dilakukan, kecuali KDN mendapat maklumat dan laporan daripada pegawai-pegawai yang dipertanggungjawab melakukan siasatan dan laporan.

Kegiatan ajaran sesat bukan seumpama kegiatan penjenayah yang memecahkan bilik pameran jualan emas, mengacukan pistol atau parang kepada pelanggan atau pegawai bank. Memang benar kegiatan ajaran ini tidak mencederakan seseorang. Apa yang berlaku hakikatnya ajaran itu seumpama barah, yang tidak dapat disedari, biarpun oleh orang yang menghidapinya, kecuali setelah kritikal. Ajaran sesat seumpama api dalam sekam. Ia meruntuhkan iktikad seseorang, yang akhirnya membawa ke neraka jahanam.

Satu perkara lain, yang perlu dipandang serius ialah penyelarasan jabatan-jabatan agama di seluruh Malaysia. Masalah agama di bawah kuasa kerajaan negeri. Oleh kerana itu pengharaman sesebuah pertubuhan yang dianggap sesat itu bergantung kepada jabatan agama negeri berkenaan.

Sekiranya negeri A mengharamkan sesuatu pertubuhan, maka pengharaman tersebut hanya berlaku di negeri berkenaan. Di negeri lain yang masih tidak mengharamkan atau tidak akan mengharamkan, pertubuhan ini tidak dianggap sesat dan bebas bergerak.

Itulah di antara kebijaksanaan penjajah British yang telah menguasai perjalanan kapal-kapal saudagar Islam dari Laut Mediteranean hingga ke China, lalu akhirnya menakluki pulau-pulau di persisiran Tanah Besar India yang sebahagian besarnya didiami orang Islam.

Mereka berpengalaman luas bagaimana hendak memporak-perandakan kerajaan Islam di kepulauan-kepulauan yang bertaburan, yang akhirnya menjajah Melaka, di mana akhirnya sebahagian besar daripada undang-undang di Tanah Melayu berkiblatkan undang-undang British.

Apabila sesebuah negeri mengharamkan sesuatu pertubuhan yang dipastikan melakukan ajaran sesat, ia sewajarnya diapliksikan oleh negeri-negeri lain. Di sini jelas betapa Islam itu bersatu dan mempunyai dasar yang tegas, kuat lagi menyakinkan.

Dalam usaha mengekang ajaran sesat, kemasukan buku-buku agama dari luar mesti diselidiki, dibaca dan disemak. Hanya buku-buku yang hakikat sahaja dibenarkan diedarkan di Malaysia.
Apa yang berlaku sekarang ini, kemasukan buku-buku agama dari negara jiran terutamanya, termasuk buku-buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris, masuk dan diedarkan dengan bebas.
Pengedar-pengedar buku bebas membawa masuk apa-apa buku asalkan mendatangkan keuntungan. Di antara mereka menulis buku, biarpun tidak sepatutnya atau selayaknya menulis buku agama dan menjual tulisan mereka kepada penerbit-penerbit lantas disebarkan di seluruh negara.

Kesilapan

Terlalu banyak kesilapan berlaku pada sesetengah buku yang diedarkan termasuk kandungannya, tulisan Arab yang terkandung dalamnya, baris-baris pada ayat al-Quran dan hadis dan sebagainya. Tidak jelas mengapa keadaan ini terus menerus berlaku. Mungkin ada buku yang diharamkan, tetapi pada umumnya pengawasan terhadap buku-buku agama terlalu kurang dititik-beratkan.

Terkini, timbul pula dakwaan tentang amalan bidaah yang melibatkan bacaan wirid selepas sembahyang lima waktu, upacara berarak atau menyambut maulidur rasul, amalan membaca Yasin selepas kematian, selama tiga, tujuh, 40 hari berturut-turut atau setahun selepas kematian yang akhirnya dilakukan setahun sekali.

Merujuk kepada bidaah yang melibatkan bacaan Yasin selepas kematian, ia didakwa amalan itu bidaah kerana tidak pernah diamalkan di zaman Rasulullah, para sahabat, tabiin dan sebagainya. Yang dikatakan bidaah ialah ketentuan hari iaitu bacaan selama tiga, tujuh, 40 atau 100 hari atau setahun.

Amalan yang tidak dilakukan oleh nabi, yang baru atau direka-reka, adalah bidaah. Setiap bidaah adalah sesat. Orang yang sesat tempatnya ke neraka.

Membaca Yasin itu tidak bidaah dan tidak menghela pembacanya ke neraka. Yang menyebabkan masuk neraka ialah amalan menentukan hari-hari tertentu untuk membaca Yasin.

Pertelingkahan seumpama ini terlalu kecil untuk dijadikan punca perbalahan di kalangan umat Islam di kalangan penduduk, ataupun di kalangan jemaah sesebuah masjid atau surau. Masih banyak masalah lain, yang lebih besar perlu diperbincangkan, termasuklah perancangan ternakan babi yang memakan belanja ratusan juta ringgit di Selangor.

Di kalangan masyarakat Islam Malaysia, tidak ada orang yang menentukan atau menetapkan, jauh sekali untuk mewajibkan bahawa membaca Yasin itu mesti dilakukan selama tiga, tujuh hari berturut-turut selepas seseorang itu meninggal, untuk dikirimkan pahalanya kepada arwah si mati.

Ketentuan hari itu hanya merupakan adat yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat. Di samping waktu atau hari-hari tersebut bacaan Yasin atau al-Quran itu bebas untuk dibaca, kerana al-Quran adalah mukjizat baginda SAW. Lantaran itu, dakwaan atau hukuman bidaah yang dilemparkan terhadap mereka yang membaca Yasin adalah di antara usaha tersembunyi untuk memecah-belahkan masyarakat Islam melalui agama.

Doa agar tergolong orang beriman

WAHAI Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikuti Rasul-Mu. Oleh itu masukkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaan-Mu dan kebenaran Rasul-Mu). (Ali-Imran: 53).
Keterangan ayat

Ibn Jarir mengatakan bahawa apabila Nabi Isa a.s. dikepung bersama 19 pengikutnya daripada kalangan al-Hawariyyin di Baitul Maqdis. Maka Nabi Isa telah berkata kepada pengikutnya:

“Siapakah yang akan mengambil wajahnya untuk dibunuh oleh musuh. Sebagai balasannya, Allah akan memberikan kepadanya syurga.” Maka seorang daripada mereka menerimanya lalu Allah mengangkat Nabi Isa ke langit. (tafsir Ibn Jarir, tafsir ayat 53, surah Ali-Imran).

“Masukkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi” bermaksud bersama Nabi Muhammad SAW dan umat baginda (tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-‘Imran).

Jika Nabi Isa .a.s. yang mulai memohon tersenarai sebagai umat Nabi Muhammad SAW, alangkah malunya kita jika tidak memohon mendapatkan kemuliaan itu.
Khasiat dan kaifiat beramal

Amalkanlah membaca doa ini untuk dibangkitkan dalam rombongan Nabi Muhammad SAW pada hari akhirat kelak. Antara kelebihannya ialah jika diucapkan selepas solat sebelum berkata-kata dengan sesiapa, maka Allah SWT akan memasukkannya dalam doa setiap makhluk-Nya di lautan dan daratan. (tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-Imaran).

Petikan daripada buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran: Khasiat & Kaifiat Beramal terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd

Menunaikan haji tanpa berhutang

SEMALAM, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, umat Islam di negara ini boleh membuat pinjaman peribadi bagi menunaikan fardu haji dengan syarat mereka mempunyai kemampuan membayar balik pinjaman yang dibuat.

Sebagaimana termaktub dalam Rukun Islam, syarat utama mengerjakan haji diukur dari aspek kemampuan fizikal dan kewangan, justeru jika dilihat dari kaedah meminjam, secara tuntasnya boleh dikatakan individu yang membuat pinjaman tergolong di kalangan mereka yang masih belum mampu untuk menyempurnakan hajat dan impian untuk menyempurnakan rukun Islam kelima itu.

Bukan saja meminjam untuk menunaikan fardu haji, tetapi untuk apa-apa tujuan sekalipun ia memberi gambaran jelas bahawa peminjam dan pihak yang memberi pinjaman akan tertakluk kepada pelbagai syarat dan risiko yang perlu ditanggung bersama.

Para peminjam mesti meneliti syarat-syarat pinjaman, pada masa yang sama akan terus membuat persediaan dari aspek mental dan fizikal untuk menunaikan haji dan bersedia untuk mula membuat bayaran pinjaman sebaik pulang dari mengerjakan ibadat tersebut.

Pada era nenek moyang kita dahulu, mereka beristiqamah dengan berdikit-dikit menyimpan wang sehinggalah jumlahnya mencukupi untuk tambang kapal laut dan perbelanjaan mengurus diri di tanah suci. Bukan itu saja, aspek 'kesucian' wang disimpan juga turut dititikberatkan agar ibadat haji mereka dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin.

Sebagaimana kata Dr. Mashitah, biarpun masih dibenarkan membuat pinjaman, para bakal jemaah yang berminat untuk membuat pinjaman hendaklah memahami dengan sepenuhnya aspek 'mampu' dan 'yakin' terhadap pinjaman wang yang dibuat.

Mampu dari segi membuat pembayaran balik yang sudah tentu akan melebihi jumlah yang dipinjam atas kos perkhidmatan dan pengurusan, dan juga yakin dengan prospek pinjaman yang dibuat sama ada ia dilakukan dengan telus berlandaskan kehendak syariat itu sendiri.

Apabila melibatkan wang, maka institusi kewangan milik kerajaan atau swasta sudah tentu menyediakan pelbagai prosedur yang harus dipatuhi oleh kedua pihak apabila berlakunya proses pinjam meminjam ini.

Para peminjam mesti bersedia untuk berani menghadapi apa jua risiko apabila pinjaman diluluskan.

Lantaran itu kewujudan Tabung Haji sendiri sudah tepat dengan kehendak dan keperluan umum iaitu mereka tidak memberi kemudahan pinjaman secara khusus kerana masih kekal dengan konsep menabung yang diamalkan oleh organisasi itu sejak sekian lama.

Islam sendiri menggalakkan umatnya agar menabung bagi tujuan menunaikan haji iaitu seawal usia dan apabila wang sudah mencukupi, barulah individu tersebut dikira mampu untuk menyempurnakan Rukun Islam kelima itu.

Menunaikan fardu haji dengan simpanan sendiri lebih menyerlahkan perasaan ikhlas dan tulus seseorang untuk melakukan ibadat suci itu kerana segala usaha menabung dari kudrat diri sendiri telah membuahkan hasil.

Kita sendiri tidak lagi berfikir-fikir kemudiannya setelah kembali ke tanah air untuk mencari wang bagi membuat bayaran balik pinjaman.

Walau apa pun, membuat pinjaman dari institusi kewangan untuk menunaikan haji tetap dibenarkan sekiranya seseorang individu itu telah mampu dan yakin dapat membayar balik pinjaman kerana barangkali memikirkan soal kesihatan dan faktor umur.

Jika ditangguh akan menyebabkan terlepasnya peluang untuk menunaikan ibadat suci itu, maka soal untuk membuat pinjaman bolehlah diteruskan.

Apa pun, tepuk dada tanyalah iman, sama ada kita terus berusaha menabung dengan iringan doa agar kita mampu dan sempat menunaikan Rukun Islam kelima itu pada satu ketika nanti, atau membuat pinjaman dari mana-mana institusi kewangan bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama untuk segera menunaikan ibadat suci itu.

Namun, perlu diingat walau apa sekalipun ikhtiar dan kaedah yang dilakukan, hanya keizinan Tuhan saja yang mampu membawa kita ke tanah suci.

WAN MARZUKI WAN RAMLI
SK SIE, Pasir Mas, Kelantan

Saturday, July 26, 2008

Harta rampasan perang

MEREKA menanyakan kepadamu tentang (pembahagian) harta rampasan perang. Katakanlah: Harta rampasan perang itu kepunyaan Allah dan Rasul, sebab itu bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya jika kamu adalah orang-orang yang beriman. (al-Anfaal: 1)

SEJURUS kaum Muslimin mencapai kemenangan, Rasulullah mengutuskan dua pembawa berita kepada penduduk Madinah untuk menyampaikan berita gembira dengan segera mengenai perkembangan terkini di medan pertempuran. Abdullah bin Rawahah diutus kepada penduduk al-Aliah dan Zaid bin Hatithah kepada penduduk al-Safilah.

Selepas peperangan, Rasulullah tinggal di Badar selama tiga hari. Sebelum bergerak pulang, berlaku sedikit perselisihan pendapat mengenai pembahagian harta rampasan. Setelah perselisihan menjadi parah, Rasulullah memerintahkan supaya semua harta rampasan yang ada dalam tangan mereka dipulangkan semula. Mereka semuanya akur dan patuh.

Selepas wahyu di atas pun turun bagi mengatasi perselisihan yang berlaku. Dengan itu, Rasulullah pun membahagikan harta rampasan sesama kaum Muslimin.

Setelah tiga hari Rasulullah berada di Badar, Baginda pun menggerakkan tenteranya ke Madinah. Mereka membawa bersama mereka harta-harta rampasan perang dan orang tawanan Quraisy.

Abdullah bin Kaab dilantik sebagai amir yang bertanggungjawab ke atas harta-harta rampasan tersebut. Setibanya di Segenting al-Safra, Baginda singgah di dataran yang terletak di antara segenting dan al-Naziah. Di situlah Baginda membahagikan harta rampasan di kalangan kaum Muslimin, setelah Baginda mengambil seperlima daripadanya.

Apabila sampai ke al-Safna, Baginda mengarahkan supaya al-Nadr bin al-Harith dibunuh, kerana beliaulah pembawa panji kafir Quraisy di Badar. Beliau juga merupakan antara penjenayah Quraisy paling jahat yang telah mengecam Islam serta menyakiti Baginda. Dia kemudiannya dibunuh oleh Saidina Ali bin Abi Talib.

Setelah sampai ke Iraq al-Zibya, Baginda memerintahkan supaya dibunuh Uqbah bin Abi Muith kerana beliaulah orang yang bertanggungjawab menganiayai Baginda dengan mencampakkan najis sembelihan ke atas kepada Baginda semasa sedang solat. Beliau juga pernah mencekik leher Baginda dengan kain sehingga hampir-hampir membunuh Baginda, tetapi sempat dihalang oleh Abu Bakar.

Setelah diperintahkan untuk dibunuh, akhirnya beliau dibunuh oleh Asim bin Thabit al-Ansari. Hukuman membunuh dua orang kepala thaghut ini adalah kemestian dari segi undang-undang perang kerana mereka bukan sekadar tawanan perang, malah merupakan penjenayah perang berdasarkan kanun semasa.