Allah berfirman maksudnya: Wahai Tuhan Kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua; orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 127 & 128)
Keterangan Ayat
Menurut al-Imam al-Sawi dalam Tafsir al-Sawi, ayat ini menggambarkan sikap merendah diri Nabi Adam a.s. membina Kaabah. Binaan Kaabah yang diletakkan oleh para malaikat dan Nabi Adam a.s. kemudiannya musnah semasa berlaku taufan besar. Jibril kemudiannya telah membawa al-Hajar al-Aswad yang tersembunyi dan menunjukkan kepada Nabi Ibrahim pelan binaannya.
Kemudian Kaabah melalui beberapa proses pembaikpulihan pada zaman Amaliqah, Bani Jurhum, Qusai dan akhirnya pada zaman Bani Quraisy terdapat beberapa kali dibaiki. (Tafsir al-Sawi, tafsir ayat 126-127 surah al- Baqarah)
Khasiat dan Kaifiat Beramal
Ayat ini dicadangkan agar diamalkan ketika menaikkan binaan sama ada untuk membina rumah, sekolah, masjid dan sebagainya agar beroleh keredaan dan berkat daripada Allah s.w.t.
Tuesday, March 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment