Kebenaran itu selalu menjadi mangsa apabila manusia menilainya hanya berdasar cakap atau pendapat orang. Maka betapa banyaknya fakta yang benar dalam sesebuah masyarakat ditolak hanya kerana ia tidak digemari oleh cakap orang ramai. Entah berapa banyak pula fakta salah dan dusta ditelan sesebuah masyarakat disebabkan ia dipercayai majoriti yang ada.
Inilah nasib kebenaran atau al-haq jika pungutan suara atau desas-desus ramai dianggap kayu pengukur utama. Demi sesungguhnya tidak! Kebenaran adalah kebenaran. Kebenaran dinilai dengan dalil dan alasan. Dalam dunia akademik ia juga disebut ‘dengan angka dan fakta’. Jika dalilnya sahih dan alasannya benar atau angkanya betul dan faktanya tepat maka itulah kebenaran sekalipun orang ramai jahil mengenainya atau menolaknya.
Demikian pembohongan yang diterima ramai tidak boleh mengambil tempat kebenaran. Dalam Islam, dalil dan alasan atau fakta dan angka yang teragung adalah apa yang ditegaskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Jika kita mengubah prinsip ini dalam mengenali kebenaran seperti menjadikan suara ramai sebagai pengukur kebenaran, maka banyaklah kesilapan atau kesalahan, bahkan kesesatan dianggap kebenaran.
Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. menceritakan perihal hari kiamat yang ditunjukkan oleh Allah. Baginda menyebut: Diperlihatkan kepadaku umat-umat manusia. Maka aku dapati ada nabi yang mempunyai seorang pengikut. Ada pula nabi yang mempunyai dua pengikut. Ada pula mempunyai beberapa orang pengikut. Ada juga nabi yang tidak mempunyai seorang pengikut pun… (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Demikianlah kadangkala nasib kebenaran. Jikalau kebenaran itu hanya diukur dengan jumlah pengikut, tentu nabi-nabi tersebut tidak termasuk di kalangan orang yang benar disebabkan sedikitnya jumlah yang menyahut seruan mereka. Bahkan ada yang langsung tidak ada yang menerima dakwahnya. Bahkan ada nabi yang ditentang oleh keluarga sendiri; seperti Nabi Nuh dan Nabi Lut. Nabi Nuh melakukan kerja dakwah hampir seribu tahun, namun sedikit yang menerimanya.
Kisah dakwah Nabi Nuh membawa bahtera kebenaran begitu payah dan susah melebihi bahtera yang dibinanya. Perjuangan jerih payah dan kedukaan Nuh dirakam dalam surah Nuh: (maksudnya) Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman); maka seruanku itu tidak menambahkan mereka apa-
apa selain mereka melarikan diri (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada beriman) agar Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, – mereka menyumbatkan jari ke dalam telinga mereka, dan berselubung dengan pakaian mereka, serta terus berdegil, dan sombong takbur dengan melampau. Kemudian aku seru mereka dengan terang-terang; selain dari itu, aku menyeru mereka secara terbuka, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan sembunyi (ayat: 5-9).
Jika kebenaran itu dinilai dengan sambutan orang ramai, tentulah Nabi Nuh tidak termasuk dalam golongan yang dianggap benar kerana majoriti masyarakat tidak bersetuju dan mengiktiraf dakwahnya bahkan mencercanya. Demikian Nabi Muhammad s.a.w. juga tidak boleh dianggap benar di Mekah, kerana kebanyakan penduduk menentang dan menuduh baginda ketika itu dengan pelbagai tuduhan. Namun kebenaran itu bukan dinilai dengan keputusan ramai semata. Orang ramai boleh jadi mempunyai kepentingan atau dipengaruhi taklid buta atau sentimen tertentu atau dipengaruhi pihak yang lebih dominan. Pemikiran yang menganggap kebenaran berdasarkan jumlah pengikut ditolak oleh al-Quran dalam banyak tempat. Antaranya dalam surah al-An‘am. (maksudnya) Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah Yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
Justeru itu, apabila kita ingin menilai sesuatu perkara sama ada benar ataupun salah hendaklah merujuk kepada alasan dan dalil. Buanglah pengaruh persekitaran yang sebahagiannya dek cakap atau pendapat tanpa bukti dan dalil. Al-Quran juga meminta insan agar ketika berfikir tentang hakikat sesuatu kebenaran bebas dari pengaruh orang ramai yang tidak berteraskan hujah yang benar dan pemikiran yang betul. Dalam surah Saba ayat 46 Allah menyebut: Katakanlah: Aku hanyalah menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu menghadap Allah (bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah), sama ada dengan cara berdua, atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikirlah (untuk mengetahui salah benarnya) sebenarnya tidak ada pada sahabat kamu (Nabi Muhammad) sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); dia hanyalah seorang pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).
Berfikir secara matang adalah berbincang dengan yang layak, atau berfikir sendirian secara mendalam tanpa dipengaruhi sentimen luaran atau suara ramai. Inilah jalan yang memboleh insan menemui kebenaran. Terbawa-bawa dengan arus orang ramai tanpa bersandarkan bukti dan dalil adalah punca kesesatan. Ini bukan bererti kita disuruh menolak atau tidak meraikan pendapat ramai. Bukanlah juga pendapat ramai itu semestinya salah. Jika pendapat ramai itu dibuktikan kebenarannya dengan dalil dan alasan, maka kita akan menerima. Bukan kerana ia pendapat ramai tetapi kerana alasan dan hujah. Seseorang yang hidup dalam masyarakat Syiah umpamanya, akan mendapati masyarakatnya menyatakan para sahabah seperti Abu Bakr, Umar, Uthman, Abu Hurairah, Khalid al-Walid dan ramai lagi sebagai insan-insan jahat, khianat, rakus, zalim dan seumpamanya. Begitu juga yang hidup dalam masyarakat tarekat yang sesat akan dapati orang ramai mengagungkan syeikh yang menyimpang dari ajaran al-Quran dan sunah. Jika hidup hanya berteras cakap orang ramai, tanpa menyemak dakwaan itu tentulah seseorang akan tersesat dari jalan hidayah. Lebih mengelirukan jika orang ramai termasuk juga yang berpakaian yang dianggap perlambangan agama seperti jubah, serban dan janggut yang menawan. Atau mereka yang memakai gelaran agama seperti ayatullah, ustaz atau mullah. Jika setiap pendapat, pandangan atau hujah itu diukur dengan jubah, serban, gelaran, atau lambang pertubuhan atau parti yang dikaitkan dengan agama maka hancurlah kebenaran dalam kehidupan manusia. Sebab itu saya hairan apabila ada pertubuhan atau individu yang memakai label Islam tetapi memekik secara terbuka ‘kami pejuang demokrasi tulen’. Apakah mereka tidak sedar bahawa dalam demokrasi tulen yang difahami oleh pejuangnya ‘suara ramai mengatasi suara Tuhan’. Sedangkan dalam Islam suara ramai dihormati tetapi tidak boleh memadamkan hakikat kebenaran. Jika demokrasi dalam acuan asalnya hendak dibawa ke negara ini, terpadamlah wajah agama ini keseluruhannya. Demokrasi kita hendaklah tunduk kepada acuan Islam. Jika tidak suara ramai akan muncul sebagai tuhan baru.
Inilah yang cuba dilakukan oleh media Barat terhadap Islam. Mereka mandulkan fikiran manusia agar tidak perlu berfikir dan mengkaji sebaliknya menerima apa yang disuapkan oleh media yang mendominasi kehidupan moden sehingga wajah Islam diconteng begitu hodoh. Namun masyarakat Barat istimewanya mereka adalah kerana ramai yang terlatih untuk mengetahui sesuatu hakikat dengan sendiri tanpa mahu dipengaruhi. Maka ramailah yang terus menganut Islam sekalipun suara terkuat di Barat memburukkan Islam.
Malangnya dalam masyarakat kita, ramai yang malas berfikir. Lebih suka bergantung kepada cerita orang lalu dipencenkan otak sendiri. Apa yang orang cakap ditelan bulat-bulat, apatah lagi jika berita-berita sensasi. Seorang artis mengadu kepada saya tentang nasibnya yang dituduh mempunyai hubungan sulit dengan ahli politik padahal cerita itu tidak ada asas. Dia tidak pernah bertemu secara sendirian apatah lagi keluar ke mana-mana. Namun kerana berita tersebut dihebahkan kepada awam dan setiap yang mendengar menelannya tanpa bukti maka mereka menjadi mangsa. Saya katakan kepadanya; kisah itu digemari ramai kerana gabungan cerita antara artis dan ahli politik. Kedua-dua medan itu ramai penggemar sensasi dan hasad dengki. Orang ramai suka menjadikan cerita seperti itu hidangan waktu bertemu antara satu sama lain. Tuduhan jahat itu lebih enak dari segala hidangan istimewa. Dalam kelompok agama pun ada yang sanggup menuduh orang murtad sehingga dipercayai umum. Sumber yang beginilah yang membawa cerita yang pelbagai untuk menjatuhkan orang yang dibenci, atau yang bersaingan dengan dirinya atau kerana mengangkat namanya. Saya pun pernah dituduh menampar seorang imam di Perlis lalu diterima berita itu oleh banyak pihak. Padahal jika mereka berfikir, mana mungkin perkara itu berlaku tanpa sebarang laporan media yang sentiasa menanti. Jika manusia menganggap apa yang disebut masyarakat itu semuanya benar, tentulah masyarakat fasik juga berada atas kebenaran.
Seorang yang memprotes pernah bertanya; kenapa Perlis tidak mahu ikut al-
Imam al-Syafii. Saya tanya dia: dalam bab apa? Kata dia: Imam Syafii suruh kita zikir kuat lepas solat, mengapa di Perlis macam Masjidilharam dan Masjid Nabi, zikir perlahan dan sendirian. Saya tanya dia: Di mana al-Imam al-Syafii memberitahu hal ini? Dia beritahu saya: “Memanglah macam itu, semua orang cakap macam itu.” Saya kata kepadanya, sebelum membuat tuduhan melulu mari saya tunjukkan apa yang al-Imam al-Syafii cakap dalam kitabnya al-Umm, saya terjemahkan untuknya: “Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan” (al-Syafii, Mausu‘at al-Imam al-Syafii: Al-Umm, 1/353 Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi). Lalu saya beritahu kepadanya: “berita atau cerita yang dikongsi ramai itu belum tentu benar. Manakala pendapat atau hukum yang diputus oleh seorang tokoh pula, tidak ditelan bulat-bulat melainkan diteliti dengan timbangan ilmiah.
Demikianlah masyarakat selalu menuduh atau memfitnah orang lain atas dakwaan yang jika diteliti tidak mempunyai bukti melainkan ‘orang ramai cakap macam itu’. Padahal sebahagian dari khabar angin yang diterima ramai itu adalah dosa besar di sisi Allah. Ia ringan pada lidah kita, berat hukumannya di sisi Allah. Ketika isteri Nabi Ummul Mukminin Aisyah difitnah dengan tuduhan zina dan berita itu disebarkan di kalangan orang ramai, Allah menyebut dalam surah al-Nur ayat 15: (maksudnya) ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya perkara kecil, padahal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya.
Dalam dunia Internet hari ini maruah dan harga diri manusia dijual begitu murah. Seseorang yang ada di hadapan komputer begitu ringan tangan dengan memfitnah orang lain apa yang dia suka. Seakan mereka berasa dosa memfitnah melalui maya itu tidak dapat dikesan oleh Allah atau disoal pada hari kiamat. Para pelayar Internet pula ramai yang menerima khabar bohong itu lalu dijadikan bahan masyarakat untuk memburukkan orang lain. Lebih buruk jika penyebaran fitnah itu menggunakan nama agama. Kononnya atas nama perjuangan Islam lalu dihalalkan apa yang diharamkan al-Quran dan sunah. Sabda Nabi s.a.w. ketika haji terakhir baginda: Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Lihat sebahagian laman web yang memakai slogan Islam, entah berapa ramai insan yang mereka cemari maruahnya hanya kerana tidak sekapal dengan kumpulan atau jemaah atau parti mereka. Makian, hamunan, cercaan, tuduh tanpa bukti seakan menjadi perkara yang halal di sisi agama yang kononnya mereka sedang pertahan dan tegakkan. Mereka ketika mengendalikan semua itu lupa untuk siapakah mereka berjuang? Jika untuk Allah dan rasul-Nya, adakah Allah dan rasul-Nya meredai perbuatan tersebut? Atau adakah mereka ini seperti yang Allah sifatkan: (maksudnya) Katakanlah: Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan mereka yang paling rugi amalannya? (Iaitu) mereka yang telah sia-sia kerja buatnya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka melakukan amalan yang baik. (Surah al-Kahf: 103-104).
Mereka ini jika ditanya mengapakah awak menyebarkan berita tidak ada bukti yang diterima oleh syarak? Mereka akan menjawab dia itu musuh kami, kami pejuang Islam dan lagipun ramai orang suka berita itu dan cakap di sana sini. Maka cakap orang ramai pun seakan mengambil tempat wahyu Tuhan dalam kehidupan mereka, lalu terhukumlah ramai manusia tanpa bukti melainkan atas nama ‘ramai orang cakap’.
- DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
E-mel: moasriza@yahoo.com
Layari http://drmaza.com/
Monday, December 10, 2007
42. Islam menolak sebarang kemudaratan
TINDAKAN Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang mencetuskan pelbagai isu berbau perkauman terus menjadi bahan polemik yang meresahkan. Sikap golongan yang menagih sokongan murahan kaum India dengan membangkitkan pelbagai pembohongan perlu dikekang bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar terhadap keharmonian kaum yang sedia terjalin.
Apa yang lebih membimbangkan kiranya wujud kelompok ektremis yang mengambil kesempatan membiakkan rasa marah dan curiga hingga sanggup melakukan pelbagai tindakan tidak wajar yang boleh menggugat kesejahteraan negara. Ketika ini pun,ada pelbagai SMS dan e-mel berbau perkauman dengan membawa cerita-cerita palsu dan sensasi yang tidak ada asas kebenarannya.
Bagi orang Islam, penulis sarankan agar kekal rasional dan tidak melatah apabila dikhabarkan dengan pelbagai berita palsu yang mampu merangsang perlakuan songsang yang mengundang kemudaratan lebih besar. Memanglah api kemarahan amat mudah menyemarak terutama apabila dilemparkan pelbagai tohmahan dan tuduhan palsu yang menyentuh agama dan kaum.
Namun, apa yang lebih mustahak ialah agar umat terus berpegang kepada prinsip dan nilai Islam sejati dalam mendepani sebarang bentuk cubaan dan gugahan untuk menggugat perpaduan kaum dan keamanan negara secara keseluruhannya.
Dalam konteks ini mungkin ada baiknya dinukilkan di sini hadis Nabi s.a.w. yang jelas mengisyaratkan keperluan mengekang sebarang bentuk kemudaratan sebagaimana disebut: Tidak boleh melakukan ‘dhoror’ dan ‘dhiror’. (Hadis Hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan ad-Daarugutni).
Ulama berselisih pendapat mengenai makna ‘dhoror’ dan ‘dhiror’ yang secara umum membawa maksud kemudaratan. Pendapat yang paling masyhur dan terkuat mengatakan bahawa makna kedua-duanya adalah berbeza. Makna ‘dhoror’ ialah menyakiti atau menimbulkan kemudaratan kepada orang yang tidak pernah menyakitinya. Manakala makna ‘dhiror’ pula ialah menyakiti atau melakukan kemudaratan kepada orang yang menyakitinya secara tidak benar.
Hadis ini begitu jelas menggambarkan prinsip Islam yang secara tegas menolak sebarang bentuk perlakuan songsang yang boleh menimbulkan kemudaratan. Prinsip menolak kemudaratan ini juga adalah sebahagian daripada matlamat utama syarak atau ‘maqasid al-syariah’ yang disepakati oleh para ulama. Allah menegaskan secara jelas dalam al-Quran: Dan tidaklah kami utuskan kamu (Wahai Muhammad) melainkan sebagai pemberi rahmat kepada seluruh umat manusia (al-Ambiya: 107).
Menurut Imam As-Suyuti dalam bukunya Al-Asybah Wan Nazooir daripada mazhab Syafii, prinsip menolak kemudaratan sebagaimana terungkap dalam hadis masyhur yang disebut di atas merupakan salah satu daripada empat kaedah utama fiqah. Kaedah fiqah yang lahir daripada hadis tersebut ialah ‘Ad-Dhororu Yuzalu’ yang bermaksud kemudaratan mesti dilenyapkan. Daripada kaedah asas ini, para fuqaha seterusnya mencerakinkannya kepada beberapa bahagian dan kaedah cabang lain yang semuanya menyentuh keperluan untuk menolak kemudaratan dalam apa jua keadaan.
Bahkan jika berlakunya pertembungan antara kebaikan dan kemudaratan, kaedah fiqah jelas menukilkan ‘dar‘u mafasid muqaddam ‘ala jalbi al-masalih’ iaitu menolak kemudaratan mestilah didahulukan daripada mengambil kebaikan. Umpamanya dalam konteks perbincangan kita, sebarang bentuk perlakuan atau tindak balas yang boleh mencetuskan huru-hara, kesengsaraan dan kerosakan nyawa dan harta benda mestilah dikekang dan dihalang sama sekali.
Sebab itulah dalam Islam, matlamat tidak sesekali menghalalkan cara. Sekudus mana pun matlamat atau perjuangan yang disasarkan, semuanya tidak bernilai mengikut pandangan Islam kiranya pendekatan yang diambil hanya menjurus kepada tercetusnya kemudaratan yang lebih besar.
Dalam konteks ini jugalah mungkin ada keperluannya pihak berkuasa mengambil kira penggunaan undang-undang kontroversi seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam menangani isu Hindraf. Kaedah fiqah lain ada menyebut, kemudaratan yang lebih besar perlu dihapuskan terlebih dahulu berbanding kemudaratan yang lebih ringan.
Justeru sekiranya kebiadaban dan sikap angkuh para pemimpin Hindraf tampak berterusan, penulis berpandangan ada keperluan pihak berkuasa menggunakan peruntukan undang-undang yang ada termasuk ISA untuk mengekang tindakan mereka yang terus membiakkan sentimen perkauman yang pastinya boleh menjejaskan keharmonian kaum yang sedia ada.
Tidak ada salahnya mengekang hak segelintir individu demi kepentingan dan hak rakyat terbanyak yang lebih menghargai nikmat keamanan yang sedia ada. Tidak ada salahnya menafikan kebebasan individu yang memudaratkan bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini terus terpelihara.

41. Kucing, syurga, neraka
SOALAN: Adakah benar hadis yang menceritakan tentang seorang wanita yang diseksa kerana kesalahannya menahan seekor kucing tanpa memberinya makan sehingga ia mati kelaparan. Demikian juga sebaliknya seorang pelacur yang dimasukkan ke syurga kerana dia bersimpati kepada seekor anjing yang dahaga dan haus di tengah padang pasir dengan menggunakan kasutnya sebagai timba dan memberikan anjing itu minum?
– Minhat Kadir,Dong, Raub,Pahang
JAWAPAN: Kedua-dua hadis tersebut memang sahih dan benar. Ia merupakan hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Anda tidak seharusnya menolak secara total hadis tersebut kerana zahirnya nampak bertentangan dengan lojik akal atau maqasid agama. Justeru sikap gopoh-gapah seperti itu bukan amalan mereka yang mendalam ilmunya. Malahan mereka tetap bersangka baik dengan salaf umat ini yang menerima hadis tersebut tanpa soal.
Pastilah hadis itu benar-benar daripada Rasulullah s.a.w. Tugas anda sekarang ialah mengkaji kenapa peristiwa itu berlaku berlainan dengan kumpulan yang cepat-cepat mempersoalkan sebarang hadis yang berlainan dengan fahaman mereka.
Bila berlaku demikian, anda berperanan untuk memastikan hadis sahih tersebut tidak akan ditolak sekalipun kerana maknanya agak jauh dari pencapaian akalnya. Umpamanya hadis mengenai mayat yang diazab kerana raungan dan tangisan keluarganya. Setengah mereka mempertikaikan hadis tersebut kerana bertentangan dengan firman Allah s.w.t. bermaksud: tidak akan menanggung seseorang itu dosa orang lain sekali-kali (an-Najm ayat 28). Tetapi sekiranya kesalahan itu berpunca daripadanya maka si mayat itu pasti akan mendapat bahagiannya dan ini termasuk dalam firman-Nya bermaksud: tidak didapati oleh seorang itu melainkan apa yang diusahakannya (an-Najm ayat 29). Contohnya lagi hadis kucing dan anjing tadi A’lqamah berkata, semasa kami bersama Aisyah datang Abu Hurairah. Lalu Aisyah berkata: “Kamukah yang meriwayatkan hadis wanita yang dimasuk ke neraka kerana menambat kucing mati kelaparan kerana tidak diberinya makan dan minum? Jawab Abu Hurairah, ya! aku dengar hadis itu dari Rasulullah. Kata Aisyah, kamu tahu siapa wanita itu? ‘Wanita tersebut melakukan kesalahannya dalam keadaannya masih kufur, jelas Aisyah lagi. Ini katanya kerana seorang yang beriman itu Maha suci Allah akan mengazabkan mereka kerana seekor kucing. Aisyah meragui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah kerana bimbang kurang cermat dan kurang pasti lapaf nya. Alasannya laporan itu agak pelik sekiranya manusia diseksa kerana seekor kucing dan seorang beriman itu jauh sekali untuk dibalas kerana seekor kucing. Allah mengampuni Aisyah, beliau lupa tentang satu perkara yang lebih penting dalam agama iaitu bahawa wanita tersebut telah tercabut dari hatinya perasaan kasihan belas terhadap makhluk Allah yang hina dan lemah. Sedangkan syurga Allah itu tidak disediakan untuk mereka yang tidak ada langsung rasa kasihan belas dalam hatinya. Allah tidak akan merahmati selain mereka yang bersifat pengasih dan penyayang dari kalangan hamba-Nya. Sabdanya bermaksud: siapa yang tidak pernah mengasihi sesiapa dia juga tidak akan dikasihi sesiapa (Riwayat Bukhari dan lain-lain). Hadis inilah merupakan kehebatan dan kebanggaan Islam mengenai kerahmatan sejagat dan menyeluruh, bukan saja di kalangan manusia tetapi kepada semua yang hidup di muka bumi ini. Hadis ini dikuatkan oleh beberapa riwayat lain seperti Ahmad dan lain-lain. Wallahualam.
Kain separuh betis
SOALAN: Saya terbaca hadis mengenai pakaian labuh melebihi buku lali dan menjanjikan balasan yang pedih terhadap mereka. Menurut hadis ini sebagai dalil bagi kumpulan yang memusuhi mereka yang tidak mengangkat kainnya sampai separuh betisnya dan mereka menuduh mereka yang memakai labuh itu tidak ikut sunah. Adakah perkara itu benar?
– Zulkifli Miskin,
Alor Lintah, Terengganu.
JAWAPAN: Jangan terus membuat tuduhan melulu hanya kerana berdalilkan satu dua hadis. Seseorang itu sepatutnya mengumpul banyak hadis lain berhubung isu tersebut. Dia perlu melihat dari segenap sudut dan berpandangan jauh ke dasar ajaran syariat agama dalam kehidupan seharian umat Islam untuk mengelak dari terjebak dengan sikap ekstrem yang akan menyusahkan ramai manusia.
Cuba teliti hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Zar dari Nabi s.a.w. sabdanya bermaksud: tiga golongan manusia yang tidak akan ditegur sapa oleh Allah s.w.t. pada hari kamat nanti – orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya. mereka yang memperlakukan barang jualannya dengan sumpah palsu dan orang yang melabuhkan kainnya (Riwayat Muslim dalam sahihnya). Dalam riwayat yang lain Rasulullah menegaskan: bahawa pakaian yang labuh di bawah buku lali dalam neraka (Riwayat Nasai dan lain-lain).
Mereka yang melihat kebanyakan hadis dalam bab ini akan faham sebagaimana yang ditegaskan Imam Nawawi dan Ibnu Hajar (bahawa maksud hadis tersebut adalah untuk mereka yang berlagak sombong dan takbur dengan orang lain) sebagaimana yang dipersetujui. Imam Bukhari pernah mengutarakan bab khusus mengenai mereka yang menarik kainnya (kerana labuh) tanpa perasaan sombong dan megah. Dari Abdullah bin Umar dari Nabi s.a.w. sabdanya: Siapa yang menarik kainnya kerana sikap sombong dan takbur Allah s.w.t. tidak ingin melihat kepadanya pada hari kiamat (Riwayat Bukhari). Lalu kata Abu Bakr, sebelah kainku agak labuh tetapi aku mengamatinya dari sikap (buruk) tersebut. Jawab Rasulullah, kamu bukan termasuk mereka yang berlagak sombong dan takbur (Riwayat Bukhari). Satu hadis lagi riwayat Muslim dan banyak riwayat lain sabdanya: siapa yang melabuhkan kainnya kerana bermegah-megah maka Allah tidak ingin melihat kepadanya pada hari kiamat nanti (Riwayat Muslim). Melalui riwayat ini jelas di nyatakan maksud dari perbuatan (melabuh kain) tersebut untuk membesarkan diri, menyombong atas orang lain. Adapun semata-mata melabuh tanpa tujuan, ianya dikira makruh melainkan kerana seperti sejuk, menjaga maruah dan lain-lain tujuan yang dihormati agama. Kata Ibnu Abbas, pakai dan makanlah apa saja jangan tersilap dua perkara ini melampau dan sombong. Walau bagaimanapun sekiranya melabuhkan kain sehingga terseret najis dan kotoran maka ianya tetap dilarang. Wallahualam.
- ALAMATKAN kemusykilan anda kepada Kemusykilan Anda Dijawab, Yadim, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur atau e-mel mingguan@utusan.com.my. Nyatakan nama penuh dan nama samaran untuk siaran.

40. Suami tetap perlu dihormati
SOALAN: Saya berkelulusan universiti, berumur lebih kurang 36 tahun mengajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Walaupun saya mengakui tidak pandai membaca al-Quran, kecuali sedikit, begitu juga zikir, tidak sembahyang dan sesekali berpuasa. Ini berlaku kerana saya dididik sedemikian rupa.
Suami mempunyai kilang. Kehidupan kami boleh dikatakan mewah dan suami terlalu memelihara prestij dan selalu cakap meninggi diri. Sama seperti saya, sembahyang boleh dikatakan jarang-jarang dan hanya sesekali berpuasa, itu pun tidak cukup sebulan.
Insaf dengan keadaan sekeliling yang begitu menggerunkan dengan mat rempit, dadah, HIV, pembuangan anak, bunuh, ragut, rogol dan sebagainya, saya menjadi insaf.
Setahun lepas saya mengenali seorang guru yang mengajar di masjid tempat kami tinggal. Saya banyak belajar darinya dan mula mengenali diri sendiri. Hal demikian menyebabkan saya selalu menghubunginya, semata-mata kerana ia seorang guru, walaupun demikian, ini menyebabkan kemarahan suami.
Saya serius. Adakah saya perlu minta cerai membolehkan saya beribadah kepada Allah. Selama ini saya rasa dia langsung tidak membantu saya dalam hal-hal ibadah.
Atau mencari suami yang berilmu agama, membolehkan saya terlepas daripada masalah yang menghantui selama ini. Terima kasih.
– Isteri keliru, KL
JAWAPAN: Setiap insan perlukan kasih sayang ibu, bapa, adik-beradik, kawan dan lain-
lain kenalan. Tanpa kasih, jiwa menjadi kosong, sentiasa mencari-cari untuk mengisi kekosongan. Begitu juga dengan agama, kepercayaan kepada Tuhan yang mengaitkan iman. Selagi manusia tidak mempunyai pegangan agama, amalan agama, seseorang itu akan terus-menerus mencari-cari sehinggalah mereka bertemu, mempunyai kefahaman tentang Tuhan, tempat mereka bersandar, berdasarkan kepada keadaan sekeliling yang mempengaruhi cara mereka berfikir.
Puan seorang yang mempunyai pegangan agama memahami tentang adanya Tuhan, iaitu Allah yang wajib disembah, memahami adanya Kalamullah, tentang al-Quran yang menjadi pegangan hidup setiap orang yang mengaku dirinya Islam.
Walaupun demikian, puan tidak berupaya membaca al-Quran dan mendirikan sembahyang yang wajib dilakukan. Inilah masalah puan yang sebenar. Keadaan tersebut berlaku kerana puan tidak dididik dengan didikan agama semasa kecil. Puan mendapat didikan agama daripada ibu bapa semasa kecil, itu pun dilupakan sejak 15 tahun dulu.
Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa memberi didikan agama kepada anak-anak sama ada mengajar sendiri, menghantar ke sekolah atau kedua-duanya. Bukan mudah bagi ibu bapa mengajar anak-anak mereka tanpa menghantarnya ke sekolah. Didikan di sekolah lebih teratur, mempunyai kurikulum yang difikir terbaik, diuji dan diajar guru.
Dalam keadaan tidak mempunyai latar belakang didikan agama, puan diketemukan jodoh dengan suami yang kaya, tetapi membelakangkan agama. Puan tidak menjelaskan sama ada suami mempunyai latar belakang agama atau sebaliknya.
Bagi orang yang kaya, mewah dan mengabaikan tanggungjawab agama, kekayaan sering menjadi tempat ia bersandar. Kemewahan sebagai sesuatu yang mengasyikkan, merasakan manusia ini boleh dibeli. Ini yang banyak berlaku, menyebabkan mereka mengagung-agungkan kekayaan, menyebabkan manusia seperti ini selalu cakap besar, bongkak, tidak boleh ditegur dan jalan pun mengembang dada dan menghentak bumi.
Puan menyedari hakikat hidup yang sebenar dan insaf mengenangkan nasib puan apabila mati kelak. Keadaan ini berlaku kerana sebab-sebab tertentu, pertama, kerana puan masih mempunyai pemikiran waras, dapat mengimbangi, memikiri antara yang baik dan buruk, menyebabkan lahirnya keinsafan untuk kembali kepada Allah s.w.t.
Keduanya ialah kerana hidayah Allah. Ada akal, tetapi tidak mendapat hidayah, seseorang itu tidak akan kembali menginsafi diri untuk bertaubat atau sebagainya. Selain daripada itu, saya mempercayai adanya faktor luaran menyebabkan puan menginsafi diri. Rasulullah bersabda, menyatakan bahawa kalaulah tidak kerana tiga perkara, manusia itu tidak akan menundukkan kepalanya, iaitu kefakiran, sakit ataupun kematian.
Puan menyatakan yang suami pernah memerli puan kerana kejahilan beragama di hadapan teman-temannya. Satu perbuatan yang tidak wajar kerana ia menjatuhkan maruah seseorang, apatah lagi kepada isteri.
Perbuatannya memerli puan, secara tidak langsung memerli diri sendiri. Kerana suami puan, seperti yang dijelaskan juga tidak melakukan tanggungjawab agama. Dalam masa yang sama, adalah menjadi tanggungjawab suami untuk mengajar isterinya yang tidak tahu hal-hal yang berkaitan dengan agama.
Setelah menyedari hakikat hidup, puan insaf dan ingin kembali kepada Allah dengan taubat yang sebenar. Dalam surat yang puan jelaskan, digambarkan seolah-olah, niat baik puan itu terhalang kerana puan tidak mempunyai asas agama yang kuat.
Konsep ataupun pemahaman seperti ini adalah silap. Tidak perlu menanti selepas belajar agama dengan mendalam, setelah tahu membaca al-Quran, sembahyang dengan sempurna dan sebagainya baru bertaubat. Bertaubat bererti memohon keampunan daripada Allah, tidak mengulangi dosa-dosa yang lalu, juga yang baru dan memisahkan diri daripada gejala-gejala yang boleh menyebabkan seseorang itu terlibat dengan maksiat yang pernah dilakukan.
Niat puan untuk belajar agama dengan lelaki teman suami puan itu memang baik. Iaitu mempelajari agama dengan orang yang dianggap sebagai alim. Walaupun, dalam situasi seperti ini apa yang puan lakukan perlu ada dalam pengetahuan suami, biarpun dia tidak mendirikan sembahyang, tidak puasa Ramadan, suka membesarkan diri, menunjuk-nunjuk dan sebagainya.
Tidak dinafikan yang puan berniat ikhlas, manakala lelaki yang puan kenali itu seorang yang alim, Walaupun tujuan puan itu baik, puan masih tetap seorang isteri yang mesti tunduk kepada tuntutan Ilahi, yang berkaitan dengan suami isteri, puan seorang yang ikhlas tetapi keikhlasan tersebut tidak semestinya wujud pada lelaki yang puan anggap alim.
Mungkin mula-mula ikhlas tetapi akhirnya sifat itu boleh menjadi luluh biarpun ketika berbincang hal-hal yang berkaitan agama. Satu perkara yang tidak mustahil berlaku antara lelaki dengan perempuan.
Untuk menyelesaikan masalah ini, timbul masalah sama ada puan perlu berpisah dengan suami atas alasan untuk mengamalkan perintah Allah sebaik mungkin.
Dalam situasi yang puan hadapi, puan seolah-olah lupa kebaikan suami selama ini, biarpun tidak dinafikan dia tidak melakukan suruhan Allah bersifat membesar diri, menunjuk-nunjuk dan sebagainya.
Kerana kekaburan kebaikannya, puan seolah-olah didorong untuk memohon cerai atas alasan untuk mengamalkan perintah Allah sebaik mungkin.
Saya berkeyakinan bahawa dalam keadaan sekarang, suami puan tidak melarang puan beribadah. Apa yang perlu puan lakukan ialah bagaimana boleh memahami ajaran Islam itu sebaik mungkin, sama ada dengan mengaji guru untuk mengajar di rumah, belajar di masjid, surau atau mana-mana institusi yang menyediakan kemudahan sedemikian rupa.
Untuk mencari jodoh lain, lebih-lebih lagi dengan lelaki yang alim bukan sesuatu yang mudah. Banyak perkara yang perlu puan fikir. Dalam usia 36 tahun, lelaki yang macam mana yang puan hendak pilih. Kalau bujang yang dicari, bererti dia telah lewat umurnya. Orang biasa, termasuk orang alim, yang menjadi pilihan puan telah kahwin pada umur sekurang-kurangnya 36 tahun.
Kalau orang alim menjadi pilihan itu berumur lebih 36 tahun biasanya telah berkahwin dan mempunyai anak. Tidak mudah mencari lelaki seperti yang dimaksudkan. Kalau lelaki berkenaan mempunyai isteri dan mengahwini puan, bererti puan mesti menyediakan diri berdamai dengan isteri orang alim tadi. Kalau lelaki itu kematian isteri, puan perlu berhadapan dengan anak-anak, mungkin termasuk cucu yang sedia ada.
Jalan terbaik ialah belajar agama dari sumber-sumber yang mudah didapati. Jaga suami baik-baik. Puan lebih tahu bagaimana melayani suami supaya tidak menjadi manusia bongkak kerana kekayaan. Puan tidak perlu berfikir untuk menuntut cerai.
Semoga Allah memberi ketabahan pada diri puan dan berupaya menghadapi hidup dengan penuh keredaan Allah.
- PEMBACA yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:
Dr. Amran Kasimin, Lot 3673, Jalan Aman, Kg. Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor.

39. Sabda Rasulullah s.a.w.
Amal bakti jadi teman
Terjemahannya: Dari Anas dari Rasulullah (s.a.w.) sabdanya tiga perkara akan mengiringi mayat ke kuburnya. Kaum keluarganya, harta bendanya, amal ibadatnya.
Kemudian pulang dua dan tinggal bersamanya satu. Yang pulang ialah keluarganya dan harta bendanya, yang tinggal menemaninya satu iaitu amalannya. (HR Bukhari Muslim)
Pengertiannya:
Rasulullah mengingatkan bahawa perkara yang disayangi dalam kehidupan menemani kita sehingga pintu kubur kemudian akan kembali meninggalkannya. Kaum keluarganya akan kembali bersuka ria dan harta bendanya akan jatuh ke tangan orang lain. Tidak ada yang tinggal bersamanya melainkan amalannya. Jika amalannya baik, ia akan menjadi teman setia dan kalau amalannya jahat akan menjadi teman yang akan menyeksakannya sampai hari kiamat.
Kesimpulannya:
Kaum keluarga dan harta kekayaan, walau bagaimana sayang orang kepadanya akhirnya akan ditinggalkan juga. Tidak ada yang kekal abadi selain amal baktinya.
DARIPADA Abi Umamah (r) katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.: Bila menggembirakan kamu oleh kebaikan dan mendukacitakan kamu oleh kejahatan maka kamu adalah orang yang beriman. (Riwayat Ahmad)
Pengertian
Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan ada dua sifat orang yang beriman iaitu bergembira bila mengerjakan kebaikan dan berdukacita bila melakukan kejahatan. Dia segera menginsafi dirinya dengan bertaubat dari segala kesalahan dan kembali mengerjakan amal salih untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t.
Kesimpulan
Kenali diri sendiri adakah mukmin atau sebaliknya melalui pengukuran ini.
Kebaikan Islam
DARIPADA Abdullah bin Amr (r) bahawa seorang lelaki bertanya nabi s.a.w. : Manakah lslam yang lebih baik? Sabdanya: Menjamu makanan dan mengucapkan salam kepada kenalan atau bukan kenalan (riwayat Bukhari).
Pengertian
Dalam hadis ini, nabi kita menerangkan dua perkara penting untuk menyatupadukan masyarakat dalam persatuan yang kukuh dan kuat iaitu: Menjamu makanan dan berderma kepada jalan kebaikan. Memberi salam kepada kenalan atau bukan kenalan tanpa membezakan antara satu sama lain.
Kesimpulan
Hidupkanlah kembali perasaan muhibah di kalangan masyarakat lslam dengan sifat dermawan dan ucapan salam selalu.
Pertolongan berharga
DARIPADA Qais bin Abi Hazim katanya: Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Siapa yang dapat menghilangkan daripada orang mukmin suatu penderitaan dunia ini, Allah s.w.t. akan menghilangkan daripadanya suatu bencana dan bahaya di akhirat. Siapa yang dapat membantu orang yang susah, Allah akan menolongnya di dunia dan di akhirat dan siapa yang melindungi orang Muslim, Allah akan melindunginya di dunia dan akhirat, Allah tetap akan menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu sentiasa bersedia menolong saudaranya (riwayat Muslim).
Pengertiannya,
Dalam hadis di atas Rasulullah memberi jaminan sebarang bantuan atau pertolongan yang disumbangkan masyarakat kepada anggota sesama mereka, akan ada balasannya. Pahala ganjaran tersebut sama ada berupa bentuk yang sama dengan bantuan yang telah diberi atau lebih baik lagi di dunia atau di akhirat. Bantuan Allah ini berterusan selama sumbangan hamba-Nya tidak dihentikannya.
Kesimpulanya
Sumbangan dan kerjasama antara satu sama lain dalam masyarakat hendaklah diteruskan kerana ia dapat menjamin keselamatan dan bantuan daripada Allah di dunia dan akhirat.
Kezaliman diharamkan
DARIPADA Abu Zar daripada nabi s.a.w. daripada hadis yang disampaikan daripada tuhannya bahawa Allah berfirman: Wahai hamba-ku sesungguhnya aku haramkan kezaliman atas diri-ku dan Aku jadikannya di kalangan kamu suatu yang diharamkan maka janganlah kamu melakukan kezaliman sesama sendiri (riwayat Muslim).
*Pengertian
Dalam hadis ini Rasulullah menceritakan firman Allah mengenai kezaliman yang mana Allah sendiri mengharamkannya terhadap dirinya. Ini kerana Allah tidak akan menzalimi sesiapa pun di kalangan hamba-hamba-Nya. Maka sebab itu kezaliman dilarang keras dan diharamkan ke atas makhluk-nya
*Kesimpulan
Allah tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya, maka hamba-Nya dilarang menzalimi dirinya atau saudara mereka sendiri.
DARIPADA Abu Hurairah (ra) katanya: Rasulullah (s.a.w.) bersabda: Siapa yang menyeru kepada kebaikan, ia akan beroleh pahala seperti pahala pengikutnya dengan tidak berkurangan pahala mereka sedikitpun. Siapa yang mengajak kepada kejahatan ia akan dapat dosa seperti dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun (hadis riwayat Muslim).
Pengertian
Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan bagaimana besarnya ganjaran untuk mereka yang menyeru kepada kebaikan. Pahalanya sama dengan bilangan pahala pengikutnya tanpa berkurangan pahala mereka itu semuanya. Sebaliknya orang yang mengajak kepada kejahatan maka sudah tentu dosanya sama seperti dosa orang yang mengikutinya.
Kesimpulannya
Umat Islam hendaklah berdakwah menyeru manusia kepada kerja kebaikan dan melarang mereka daripada melakukan kemungkaran.

Wednesday, December 5, 2007
38. Kadar mutaah mengikut kemampuan suami
Sayid Qutub berkata: Kemudian datang pula hukum perempuan yang dicerai sebelum disetubuhi. Ini adalah satu kes baru yang berlainan dari kes-kes talak yang melibatkan perempuan-perempuan yang telah disetubuhi yang telah diterangkan sebelum ini.
Kes ini memang banyak berlaku dan di sini al-Quran akan menerangkan kewajipan dan hak-hak bagi kedua-dua suami isteri itu.
Firman Allah: Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi Mutaah (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan. (Al-Baqarah: 236)
Huraian untuk firman Allah s.w.t untuk ayat: Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin jika kamu menceraikan..... (sehingga ayat) suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya.
Al-Baghawi berkata: Mutaah tidaklah wajib dan perintah dengannya adalah sunat mengiaqkut sebahagian ulama.
Ibn al-Arabi berkata: Timbul perselisihan pendapat tentang menghuraikan maksudnya. Ada yang mengatakan, ia bermaksud: Tidak menjadi kesalahan kepada kamu menceraikan isteri-isteri yang telah ditetapkan mas kahwin kepada mereka sebelum berlakunya persetubuhan, selagi kamu belum menyentuh mereka atau menceraikan isteri yang belum ditetapkan mas kahwin sebelum ditetapkan. Pendapat ini dikatakan oleh al-Tabari, serta dipilih olehnya.
Ada yang mengatakan: Ia bermaksud; tidak menjadi kesalahan jika kamu menceraikan isteri-isteri selagi kamu belum menyentuh dan menetapkan mas kahwin untuk mereka.
Ada pula yang mengatakan, ayat ini masih mempunyai maksud tersembunyi iaitu tidak menjadi kesalahan kepada kamu jika kamu menceraikan isteri-isteri, sama ada kamu telah ditetapkan mas kahwin atau belum menetapkan:
Huruf au (atau) membawa erti wau (dan).
Dalam ayat ini ada pengertian tersembunyi yang perlu ditafsirkan untuk memahami maksud ayat.
Dengan itu huruf au (atau) tetap seperti maksud asalnya. Tetapi berperanan untuk memberikan penghuraian, pembahagian dan penerangan. Ia tidak membawa erti huruf wau (dan).
Sayid Qutub berkata: Kes yang pertama, ialah kes perempuan yang dicerai sebelum disetubuhi dan belum ditetapkan kepadanya bayaran mas kahwin yang tertentu, sedangkan mas kahwin itu merupakan suatu kefarduan.
Oleh itu dalam kes ini wajib di atas suami memberi bayaran saguhati mengikut kemampuannya. Tindakan ini mempunyai nilai kejiwaan di samping ia merupakan semacam bayaran pampasan. Putusnya tali ikatan kahwin sebelum dimulakannya itu menimbulkan perasaan yang pahit di dalam hati perempuan. Ia membuat perceraian dan perpisahan itu sebagai tikaman yang membawa dendam dan permusuhan.
Dengan bayaran saguhati itu boleh menghilangkan suasana yang mendung dan melepaskan tiupan angin bayu yang mesra dan meminta maaf dan menyalutkan talak itu dengan suasana sedih dan dukacita.
Jadi, apa yang berlaku itu merupakan satu percubaan yang gagal bukannya satu pukulan yang memang sengaja ditujukan. Oleh sebab itulah Allah menyuruh mereka memberi bayaran saguhati mengikut pertimbangan yang baik untuk mengekalkan perasaan kemesraan dan memelihara kenangan manis, dan di dalam waktu yang sama Allah tidak mentaklifkan suami dengan pemberian yang di luar kemampuannya.
Oleh itu, suami yang kaya mengikut taraf kekayaannya dan suami yang miskin mengikut batas-batas kemampuannya.
Firman Allah s.w.t, …sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.
Sonhaji menyebut hukum-hukum yang terkandung dalam ayat ini ialah:
* Pertama: Jika seseorang itu mengahwini perempuan, tetapi belum lagi ditetapkan mas kahwinnya, sahlah nikahnya. Kemudian apabila diceraikannya sebelum disentuhnya, wajiblah ia memberi mutaahnya.
* Kedua: Perempuan yang dicerai sesudah disentuh, tiadalah baginya mutaah, tetapi dengan sendirinya ia sudah berhak menuntut sepenuhnya mahar misil.
Adapun mahar misil ini ialah mas kahwinnya yang semisal dengan perempuan itu, iaitu; jika dara mas kahwinnya yang semisal dengan dara, jika janda mas kahwinnya semisal dengan janda. Jika ada kelebihan lain seperti seperti seorang yang terpelajar umpamanya, hendaklah diikuti mengikut tarafnya.
Dalam pada itu, mengikut pendapat al-Syafie yang muktamad – sekalipun isteri telah diberi mahar atau mas kahwinnya, bila diceraikan diwajibkan juga memberikan mutaahnya berdasarkan firman Allah, surah al-Baqarah, ayat 241 yang bermaksud: Perempuan yang diceraikan itu berhak mendapat mutaah dari suaminya secara patut.
lKetiga: Kesimpulan kadar mutaah yang telah ditetapkan oleh ayat ini bergantung kepada keadaan suami, yang kaya mengikut kekayaannya, yang miskin mengikut kadar yang termampu – terserahlah kepada pertimbangan yang adil – samalah kedudukannya dengan kadar memberi nafkah yang telah diwajibkan oleh Allah ke atas para suami terhadap isteri.
Ibn al-Arabi berkata: Hikmah di sebalik ketetapan itu ialah kerana Allah s.w.t menentukan balasan bagi persetubuhan itu ialah mas kahwin yang wajib. Dan balasan bagi perceraian sebelum persetubuhan ialah separuh mas kahwin itu. Ini disebabkan kedudukan isteri yang telah halal disebabkan oleh akad perkahwinan.
Oleh itu, jika suami menceraikannya sebelum menyetubuhinya dan sebelum menetapkan mas kahwin maka Allah s.w.t memastikan kepadanya supaya membayar sagu hati atau mutaah sebagai tandingan bagi pengertian ini. Disebabkan itulah ulama berbeza pendapat berkewajipan membayar mutaah.
Ada yang berkata wajib berdasarkan zahir ayat dan disebabkan pengertian di sebalik hikmah tadi. Walaupun begitu dalam mazhab Maliki, mutaah tidak wajib kerana dua sebab:
* Pertama: Allah s.w.t tidak menentukan kadarnya. Tetapi diserahkan kepada ijtihad manusia yang menetapkannya.
* Kedua: Dalam ayat di atas, Allah menyebut pada akhirnya dengan kalamnya yang bermaksud: Sebagai satu hak kewajipan ke atas orang yang berbuat kebajikan. Ini memberi maksud, kalau ia merupakan pemberian yang wajib, sudah pasti Allah menentukan kewajipannya ke atas semua orang.
- Iktibar Ayat
* Yang dimaksudkan dengan mutaah adalah semua benda yang dapat dimanfaatkan.
* Sifat toleransi dan bertimbang rasa patut dipupuk dalam institusi rumah tangga.
* Kadar pemberian mutaah atau nafkah mengikut keadaan manusia dari segi kaya dan miskinnya dia.

Tuesday, December 4, 2007
37. Berpesan, beri nasihat akhlak orang beriman
NASIHAT menasihati dan berpesan ke arah kebaikan sudah menjadi budaya hidup manusia. Namun, dalam Islam, nasihat memang tidak dapat dipisahkan daripada ajarannya kerana Islam adalah al-Din yang bercirikan nasihat.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Maka sahabat pun bertanya: Kepada siapa? Jawab Baginda: Kepada Allah, kepada Kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga orang awam muslimin." (Hadis riwayat Muslim)
Lebih menariknya, amalan nasihat termasuk antara amalan penyelamat seseorang daripada terjerumus ke lembah kerugian.
Firman Allah bermaksud: "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar." (Surah al-'Asr, ayat 1-3)
Maksud ayat suci itu menyimpulkan antara ciri orang yang beriman kepada Allah ialah sentiasa berpesan atau nasihat-menasihat ke arah kebaikan dan kesejahteraan.
Tidak dapat dinafikan, manusia tidak boleh hidup bersendirian, jauh daripada kelompok masyarakat ramai.
Justeru, hidup bermasyarakat menjamin kerukunan dan keharmonian sejagat. Untuk itu, nasihat menasihat sewajarnya dijulang supaya yang benar dan hak dapat dijunjung tinggi bersama, sementara yang salah dan batil pula sama-sama dijauhi.
Demikianlah hidup bermasyarakat yang seiring jalan sejajar pepatah orang tua 'duduk seorang bersempit-sempit, duduk ramai berlapang-lapang. Maka, terserlah Islam adalah agama nasihat dan seluruh ruang lingkup Islam adalah nasihat.
Bagaimanapun, ada segelintir manusia yang melenting atau marah apabila diberi nasihat dengan alasan dia insan bijak dan pandai dalam segala bidang. Sedangkan, manusia dengan kesempurnaan kejadiannya dan keistimewaannya, selamanya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan serta kesalahan kerana itu sifat semula yang diciptakan Allah.
Justeru, setiap insan berhajatkan kepada nasihat untuk kembali kepada landasan yang benar dan insaf dengan kekerdilan serta kedaifan manusia itu sendiri di hadapan Allah SWT.
Merujuk kepada hadis berkisar mengenai Islam sebagai agama nasihat, Rasulullah SAW membahagikan nasihat kepada beberapa jenis yang sewajarnya diterapkan penghayatannya dalam rentak kehidupan seharian iaitu:
Nasihat kepada Allah yang melahirkan Muslim bertakwa kepada-Nya.
Setiap Muslim wajib beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman yang tidak terselit sebarang rasa syak dan ragu yang boleh mencacatkan hubungannya dengan Allah.
Pada masa sama, setiap Muslim dituntut patuh dan tunduk kepada segala perintah Ilahi serta menjauhi larangan-Nya.
Lebih penting, pengisian iman dalam sudut jiwa akan menginsafkan setiap insan dari mana dia datang, untuk apa dia hidup di dunia ini dan ke mana pula dia akan kembali.
Iman juga akan menimbulkan kesedaran setiap insan yang bernyawa bahawa sesudah hidup di dunia ini ada lagi kehidupan kekal yang pasti dilalui.
Pendek kata, iman adalah harta tidak ternilai yang wajib diburu dan dijejaki setiap insan di dunia ini supaya berbahagia di dunia dan akhirat. Seterusnya, kecintaan kepada Allah hendaklah mengatasi kecintaan kepada dunia, isteri dan anak.
Nasihat kepada Kitab-Nya pula bermakna menjulang al-Quran sebagai rujukan utama dalam menyampaikan pedoman dan panduan hidup Muslim seharian. Ia mengandungi hukum-hakam, petunjuk serta peringatan kepada orang beriman kepada Allah.
Oleh itu, setiap Muslim dituntut mempraktikkan segala ajaran terkandung dalamnya, tidak cukup sekadar membacanya dan mengetahui hukum-hakamnya, tetapi diterjemahkan dalam kehidupan.
Nasihat kepada Rasul-Nya pula bererti meyakini kebenaran perutusan Rasulullah SAW untuk membawa rahmat untuk alam semesta.
Setiap Muslim wajib menerima segala apa dibawa olehnya sebagai ketaatan mutlak kepada Allah dan berkewajipan menghidupkan sunnah Rasulullah SAW, membanteras segala bentuk bid'ah, khurafat serta ajaran sesat yang bertentangan dengan syarak.
Apabila ada kesepaduan kecintaan kepada Allah dan Rasulullah SAW, natijahnya seorang Muslim akan dapat mengecapi nikmat kemanisan iman dalam hatinya.
Nasihat kepada pemimpin Muslim pula, kita sebagai rakyat hendaklah memberi sumbangan bermakna kepada kerajaan apabila kerajaan melaksanakan rancangan dan program yang memberi kebaikan serta faedah untuk rakyat.
Sebaliknya, jika pemimpin melakukan sesuatu menyebabkan kehancuran dan kemusnahan kepada negara, maka rakyat berhak menegur serta memberi nasihat yang membina dalam usaha mengelak negara daripada terjerumus ke lembah kebinasaan.
Ini penting bagi menjamin kerukunan, kesejahteraan serta keharmonian kalangan rakyat dengan kerajaan.
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq ketika menyampaikan ucapan dasarnya berkata: "Apabila aku melakukan sesuatu yang betul maka bantulah aku, dan apabila aku menyeleweng maka perbetulkan daku."
Akhirnya, nasihat kepada umat Islam seluruhnya mencerminkan kesatuan hati dan keserasian jiwa orang Islam dalam menelusuri titian hidup penuh pancaroba.
Nasihat ini termasuk dalam segala tindak tanduk dan kegiatan kemasyarakatan supaya ia selari dengan landasan Islam.
Ia merangkumi hubungan institusi kekeluargaan, sesama jiran, masyarakat dan juga dalam pelbagai lapangan hidup manusia.
Ringkasnya, nasihat memainkan peranan penting kerana ia bakal menyuburkan perasaan kasih sayang dan kerjasama yang erat sesama anggota masyarakat bagi mengekalkan kelangsungan masyarakat yang harmoni lagi sejahtera.
Demikianlah indahnya konsep nasihat menasihat dalam Islam yang mencorakkan identiti sebuah masyarakat Islam yang sejahtera lagi harmoni.
Natijahnya, kesatuan ummah dapat dijana di samping pengukuhan iman kepada Allah selain perhiasan ketrampilan akhlak
Islam terukir indah pada keperibadian Muslim. Dengan adunan istimewa ini, barulah umat Islam mampu memartabatkan kembali keunggulan dan kecemerlangan dalam segala lapangan hidup sebagaimana pernah dirintis generasi Rasulullah SAW dan generasi sahabat.

36. Jakim siasat segera aduan halal

ZAINAL Abidin Jaffar menunjukkan buku Standard Halal Malaysia keluaran Jakim.
Allah berfirman, Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Al-Baqarah: 168)
Perintah itu membuktikan kepentingan umat Islam mengawasi bab makan minum untuk mengelak daripada termakan yang haram atau yang berunsur syubhat.
Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto SAIFUL BAHARI ASHAARI menemu bual Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Zainal Abidin Jaffar untuk mengupas isu ini.
MEGA: Bagaimana status sijil halal Jakim kini dan apakah kesannya kepada keseluruhan masyarakat Malaysia?
ZAINAL ABIDIN: Alhamdulillah setakat ini orang memandang tinggi kepada sijil halal Jakim. Pandangan ini bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara. Kesedaran masyarakat terhadap produk halal juga turut meningkat.
Sebabnya, sijil kita mempunyai standard iaitu MS1500:2004 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Kita juga mempunyai hubungan baik dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia, Sirim Berhad (Sirim), Jabatan Standard, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam meningkatkan mutu dan prestasi sijil halal kita.
Sijil halal Jakim juga mempunyai amalan prosedur standard (SOP) yang menjadikannya rujukan di dalam dan luar negara. Kita juga mempunyai sijil pengiktirafan piawaian (ISO) termasuk Halal Meat Protocol.
Malah Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) pun menjadikan kita sebagai rujukan utama untuk mengeluarkan standard halal mereka.
Pada masa yang sama, Jakim ada melantik 44 pentauliahan halal bagi 22 negara sebagai wakil kita mengeluarkan sijil halal.
Pengiktirafan tinggi ke atas sijil halal Jakim antara lain disebabkan standard yang sedia ada. Selain itu, kita didokong oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang sentiasa mengeluarkan fatwa terkini apabila timbul penemuan baru atau keadaan yang meragukan.
Sebab itu, masyarakat termasuk antarabangsa yakin pada kita. Pendek kata, kalau ada sijil halal Jakim, produk tersebut tidak menghadapi masalah untuk memasuki pasaran mana-mana negara di dunia.
Kelemahan pemantauan sehingga berlakunya beberapa insiden pemalsuan atau tidak mematuhi syarat sijil halal Jakim adalah antara rungutan yang kerap kedengaran. Adakah dakwaan ini berasas?
ZAINAL ABIDIN: Dalam keadaan sekarang, Jakim mempunyai 35 pegawai pemantau berbanding hanya enam orang sebelum ini. Dan pemantauan dilakukan 24 jam sehari.
Mereka ini pula mendapat latihan khusus di Kementerian Kesihatan dan IPPH, UPM.
Jadi dakwaan tersebut kurang tepat. Tambahan pula para pegawai itu adalah berkelulusan teknologi makanan. Mereka akan bergerak secara berpasangan dengan pegawai Jakim untuk memberi bimbingan dalam aspek agama.
Pemantauan kita adalah dalam dua aspek. Pertama, secara berkala di mana pegawai kita akan memantau mana-mana premis yang mempunyai sijil halal dari semasa ke semasa. Pemantauan dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Kedua, pemantauan apabila kita menerima aduan. Dalam kes begini, kita akan menyiasat dalam tempoh 24 jam. Biasanya ia turut melibatkan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Sebabnya, tindakan adalah di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 di bawah kementerian tersebut. Jika sabit kesalahan bagi kali pertama, syarikat boleh didenda maksimum RM250,000 manakala individu pula boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun.
Kebimbangan ini berlaku barangkali kerana 80 peratus pengusaha yang mendapat sijil halal atau bukan Islam. Apakah langkah yang diambil oleh Jakim untuk menamatkan keresahan umat Islam dalam hal ini?
ZAINAL ABIDIN: Jakim akan mengaktifkan Program Pendidikan Masyarakat untuk memberi penerangan tentang aspek halal ini tahun depan. Pada masa yang sama kita mempromosikan slogan halal From Farm to Plate (dari ladang ke pinggan) dan From Farm to Fork (dari ladang ke garpu).
Bagi mendapat sijil halal, ia bermula dari ladang sehinggalah disajikan kepada pengguna. Bermakna jika ayam, sumber makanan, proses sembelihan, penyimpanan dan memasaknya perlu mematuhi prosedur halal.
Setiap aduan yang diterima kita akan mengambil sampel telur ayam, makanan ayam, ayam di pasaran dan juga vitamin yang digunakan untuk pemeriksaan di agensi yang ditetapkan.
Bagi 80 peratus pengusaha bukan Muslim yang terlibat dalam pengeluaran makanan halal ini, kita telah menetapkan SOP tertentu. Bagi syarikat multinasional, mereka mesti mengadakan Jawatankuasa Syariah.
Bagi industri kecil dan sederhana (SME) perlu perlu mempunyai Eksekutif Halal dan bagi syarikat yang lain mereka mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua pekerja Islam rakyat tempatan.
Golongan ini akan menjadi penghubung dalam pelaksanaan sijil halal. Pihak yang tidak memenuhi syarat ini tidak akan diberikan sijil halal.
Adakah kelemahan dari segi pendakwaan atau undang-undang antara punca Jakim dilihat seolah-olah tidak ada kuasa dalam kes memalsukan sijil halal?
ZAINAL ABIDIN: Pendakwaan memang dilakukan di bawah Akta Perihal Dagangan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Namun, kita mempunyai mekanisme dalam menangani pihak yang tidak patuh kepada SOP sijil halal ini.
Jakim mempunyai sistem komputer dan pangkalan data yang dapat mengesan mana-mana pemilik sijil yang akan tamat tempoh dalam masa enam bulan. Apabila tamat tempoh pun sistem kita sekali lagi mengesan mereka.
Walaupun kita mempunyai 35 pegawai pemantau tetapi telah wujud kerjasama dengan pegawai agama di Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan. Ia dalam bab pemantauan halal. Ini memudahkan kita menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan secara lebih berkesan.
Contohnya, apabila kita menerima aduan ayam yang tidak disembelih, maka kita akan segera menyiasat. Jika dakwaan itu benar, dalam tempoh 24 jam kita akan mengeluarkan arahan tarik balik sijil halal.
Ini disusuli dengan makluman kepada semua pasar raya yang kemudiannya akan menghentikan penjualan produk tersebut di premis mereka.
Jakim khabarnya akan memperkenalkan sijil halal bagi kosmetik tahun depan. Setakat mana Jakim bersedia melaksanakannya?
ZAINAL ABIDIN: Persedian ke arah itu sedang giat dilakukan. Jakim bekerjasama dengan Jabatan Kimia dan IPPH, UPM dari segi latihan kepada kakitangan.
Kerajaan juga sudah meluluskan peruntukan RM40 juta untuk membangunkan Kompleks Pengurusan Halal di Enstec, Nilai di atas tanah seluas kira-kira 10 hektar.
Apabila siap, ia akan dilengkapi empat makmal iaitu kosmetik, haiwan, produk ubat-ubatan dan produk biasa.
Ini juga membolehkan kita mendapat keputusan ujian makmal lebih cepat iaitu kira-kira seminggu berbanding tempoh sekarang.
Walaupun isu sijil halal ini sering mendapat perhatian Muslim tetapi tidak ramai yang betul-betul mengambil berat tentangnya terutama bagi yang kerap makan di hotel. Bagaimana membetulkan keadaan ini?
ZAINAL ABIDIN: Dalam hal ini marilah kita menghayati sabda Rasulullah, “setiap daging yang tumbuh daripada benda atau sumber yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya”.
Untuk itu, masyarakat perlu sentiasa berhati-hati dan menyemak sama ada premis berkenaan mempunyai sijil halal Jakim atau tidak.
Sebagai permulaan, sebanyak 11 hotel telah menerima sijil halal Jakim. Ada beberapa lagi yang bakal menerimanya di mana mereka kini sedang membuat pengubahsuaian di dapur utama masing-masing.
Bagaimanapun, ada juga pengusaha yang mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri tetapi apabila disemak menerusi khidmat pesanan suara (SMS) Jakim, maklumatnya tidak diperolehi.
Ini disebabkan ada di antara senarai itu tidak diserahkan kepada kita. Bagaimanapun, memang ada juga sijil palsu. Isu ini dijangka dapat diatasi apabila mulai tahun 2008, hanya logo tunggal yang dikeluarkan oleh Jakim yang diterima pakai.
35. Jangan rosakkan dengan kasih sayang

SHARIFAH ZAHRAH SYED MOHAMAD
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu... (Ar-Rum: 21).
Daripada mafhum ayat di atas jelas bahawa Islam amat menggalakkan perkahwinan yang menyempurnakan keperluan tabii manusia yang memerlukan pasangan hidup. Perceraian pula satu perkara halal yang paling dibenci.
Hidup berkeluarga merupakan satu tuntutan agama dan juga antara sunah Rasulullah sehingga di dalam hadis baginda s.a.w ada menyebut: “Apabila seseorang itu berkahwin maka ia telah menyempurnakan sebahagian agamanya dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan yang sebahagian lagi”.
Keluarga adalah kelompok paling kecil dalam masyarakat, sekurang-kurangnya dianggotai oleh suami dan isteri atau ibu bapa dan anak-anak. Ia adalah asas pembentukan sesebuah masyarakat. Kebahagiaan masyarakat adalah bergantung kepada setiap keluarga yang menganggotai masyarakat.
Kualiti setiap individu yang dibentuk oleh keluarga sangat mempengaruhi jatuh bangun sesebuah tamadun. Namun, bilangan kes penceraian melibatkan pasangan Islam di negara ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Di sini, timbul persoalan, adakah kahwin dan cerai sudah menjadi gaya hidup masa kini?
Suatu masa dahulu, pasangan yang bercerai menanggung malu. Perasaan itu turut ditanggung ahli keluarga yang lain. Hal ini disebabkan satu tanggapan bahawa pasangan yang bercerai berpunca daripada sesuatu sikap yang tidak baik seperti suami atau isteri curang, mengamalkan sikap tidak baik, masalah tenaga batin dan sebagainya.
Isu rumah tangga semakin kronik, antara lain berpunca daripada rapuhnya institusi keluarga yang berkemungkinan kerana usia pasangan masih muda, tidak mahu bertolak ansur, tiada persefahaman dan ego yang meletakkan pasangan suami isteri di tembok kekeliruan sukar dibendung.
Keluarga merupakan institusi penting yang sewajarnya dipandang serius oleh ibu bapa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Bermula dari keluarga yang bahagia dan harmoni akan terbentuk masyarakat yang cemerlang dan dihormati.
Keharmonian dan kebahagiaan keluarga akan dapat membendung gejala sosial yang semakin menjadi-jadi seperti sumbang mahram, seks bebas, penderaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga dan sebagainya.
Di atas kesedaran inilah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menganjurkan Seminar Pemantapan Keluarga di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ia bertujuan membincangkan senario institusi keluarga masa kini yang semakin kronik, mengenai cabaran dan penyelesaian menurut perspektif Islam.
Seramai 550 orang peserta daripada kakitangan kerajaan dan badan berkanun serta agensi swasta menyertai seminar sehari itu bagi memberi maklumat dan panduan pengurusan konflik dalam institusi keluarga.
Seminar ini juga bertujuan memperjelaskan hak-hak dan tanggungjawab suami isteri serta memperkasakan kebahagiaan dan kecemerlangan institusi keluarga.
Menurut Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sharifah Zahrah Syed Mohamad, antara cabaran yang paling besar dalam melayari bahtera rumah tangga ialah kemewahan dan kebendaan, kejahilan tentang tujuan hidup berkeluarga dalam Islam, pengabaian tanggungjawab di kalangan ahli keluarga serta kurangnya didikan agama.
“Ibu bapa sibuk dengan kecemerlangan kerjaya dan mencari kekayaan menyebabkan anak-anak dilayan dengan hidup manja dam mewah hingga ketahanan diri anak-anak remaja kita luntur dan pupus mengakibatkan sebahagian daripada mereka terjebak dengan masalah sosial,” katanya dalam ceramah pagi itu.
Filem Anakku Sazali arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan contoh yang paling tepat menggambarkan kesalahan ibu bapa dalam memberikan kasih sayang dengan mencurahkan kemewahan yang melimpah ruah kepada anak-anak. Sehingga menyebabkan mereka lupa untuk bersyukur dan lupa akan tanggungjawab yang sebenar.
“Ibu bapa sepatutnya menjadikan kekayaan sebagai salah satu platform untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi hamba yang merendah diri serta tidak angkuh,” jelasnya.
Tambah Sharifah, perkahwinan yang dibina atas dasar nafsu semata-mata dan satu fitrah hidup manusia sahaja dan bukannya dibina kerana Allah dan tuntutan agama boleh meruntuhkan sesebuah perkahwinan dalam masa singkat.
Selain itu, pengaruh persekitaran, budaya barat serta rakan sebaya dan pengaruh hedonisme yang melampau turut menjadi cabaran yang perlu ditangani ahli keluarga.
Status kerjaya dan pendapatan yang berbeza antara suami isteri, kos sara hidup yang tinggi, perkahwinan yang tidak direstu serta kesihatan diri dan hubungan seksualiti yang tidak baik boleh menjadi faktor kerapuhan rumah tangga sehingga berlaku perceraian.
Oleh itu, jelas Sharifah, tiga resipi kebahagiaan perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga dalam memainkan peranan masing-masing demi mempertahankan kebahagiaan yang dibina bersama.
Peranan yang paling utama ialah suami sebagai ketua dalam keluarga yang mampu mendidik anak dan isteri untuk mengenali Allah di samping bantuan daripada isteri solehah yang tahu akan tanggungjawab untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Allah sehingga dapat melahirkan anak-anak yang soleh yang taat pada perintah Allah dan ibu bapanya.
“Sekarang ini kita lihat ramai ibu bapa melepaskan tanggungjawab kepada guru di sekolah untuk mendidik anak-anak mereka disebabkan desakan kerja atau dengan alasan tidak cukup ilmu,’’ katanya.
Justeru, semua cabaran itu boleh ditangani jika keluarga dibina atas rasa cinta yang ikhlas kerana Allah sebagai matlamat seluruh keluarga. Jadikan keredaan Allah sebagai matlamat seluruh ahli keluarga dan meletakkan hala tuju masa depan keluarga yang jelas.
Apa yang paling utama, setiap ahli keluarga perlu menitikberatkan soal agama dan iman serta memupuk mereka dengan nilai akhlak yang mulia.
“Selain itu, mencari rezeki yang halal juga merupakan perkara penting supaya sesebuah institusi kekeluargaan itu diberkati dan dirahmati Allah,” ujarnya.
Di akhir ceramah, beliau berpendapat kebahagiaan dan kecemerlangan institusi keluarga dalam Islam adalah memenuhi keperluan jasmaniah dan batiniah atau dunia dan akhirat. Ketenangan, kecintaan dan kasih sayang merupakan intipati kepada kecemerlangan sesebuah rumahtangga.
Maka, satu anjakan paradigma dari sikap yang buruk dan pengaruh jahiliah kepada acuan Islam yang pastinya memandu kita mewujudkan keluarga Islam yang harmoni lagi cemerlang dan berpegang pada al-Quran dan sunah sebagai petunjuk hidup kita.
Monday, December 3, 2007
34. Tajdid Iman: Beramal tanpa ilmu jadi sia-sia
Mengenal Allah bukan dengan ketundukan jasad sedangkan hati dibiar lalai
BILAKAH masa paling tepat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengenali-Nya? Ada satu masa ketika kita terselamat daripada maut, saat itu kita berasa mengenal Allah. Saat tragedi menimpa saudara mara yang memisahkan anak daripada bapanya, isteri daripada suaminya, maka hati mula tersentuh dan bertanya: "Bagaimana jika diriku yang ditakdirkan menanggungnya?"
Saat itu tersingkap sedikit lagi jalan untuk mengenal Allah. Begitu pula ketika sahabat rapat kita mengalami krisis kewangan, kehancuran rumah tangga atau sakit kronik. Masa itu, kita berasa sedih, sekali gus bersyukur kepada Allah kerana menyelamatkan diri dan keluarga daripada bencana.
Terbuka juga jalan yang terang untuk mengenal Allah hingga saat-saat kita sendiri mengalami nasib sama. Dalam keadaan lemah barulah kita faham betapa agungnya Allah. Jika kita rasa tidak berguna, barulah kita tahu qudrah (kekuasaan) Allah mengatasi segala kepintaran manusia.
Dia yang Maha Pengasih daripada siapapun yang mengasihi sudah membuka hati kita untuk berusaha mendekati-Nya. Siapa mengetahui bahawa dirinya tidak berdaya, bodoh, zalim, aib, serba kekurangan, miskin, hina dan hampa, maka dia mengetahui Tuhannya memiliki sifat bertentangan dengan semua itu.
Maka bertambah fahamlah dia mengenai batasan dirinya sendiri dan dia tidak boleh melampaui batasan itu. Akhirnya, dia kembali kepada Allah seraya menyebut segala kesempurnaan dan kebesaran-Nya kemudian menggantungkan harapan setinggi-tingginya kepada Allah.
Dia pula menyelam bersama rasa khauf (takut) yang amat dalam di lautan kekuasaan Tuhannya seraya mengikat lehernya dengan tali tawakal, sedar akan kuasa genggaman Allah atas jiwa dan raganya.
Pada lisan dan hatinya sentiasa terpahat firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah, tidak akan menimpa sesuatu atas kami melainkan apa yang Allah tentukan untuk kami."
Jiwa seorang hamba dipenuhi dua ilmu yang menerangi dirinya, sehingga gerak hati dan tubuh badannya dikawal ilmu itu. Iaitu ilmu mengenal Allah dan ilmu mengenal diri sendiri. Kita membaca sirah sahabat yang agung dalam mencari hidayah Allah.
Begitu panjangnya perjalanan mereka menuntut ilmu hingga mereka mengenal Allah, diri sendiri dan akhirnya sanggup mengorbankan segala-galanya demi hidayah Islam yang teramat mahal harganya.
Mereka hidup dalam kebencian dan penghinaan kaumnya, segala bentuk penindasan dirasai hingga ke suatu tahap Nabi SAW membenarkan kepura-puraan 'Ammar menyatakan kekufurannya di hadapan orang kafir supaya mereka meringankan seksaan kepadanya.
Namun demikian, 'Ammar terpaksa melihat sendiri perbuatan orang kafir itu membunuh ibunya dengan cara yang memilukan. Saat diuji dengan seksaan mental yang lebih sakit daripada hirisan pedang semakin bertambahlah ilmu dan imannya kepada Allah.
Hati yang menangisi kepergian bonda menyimpan cahaya hidayah semakin menyala. Di sini kita boleh berasa kekuatan iman dan ilmu itu bergantung kepada hebatnya ujian yang dideritai hati serta tubuh badan orang beriman.
Memiliki kekuatan ilmu sentiasa menjadi matlamat hidup sahabat Rasulullah SAW, sehinggakan Abu Darda' pernah berkata: "Alangkah hebatnya tidur dan tidak puasanya orang alim kerana ia lebih baik daripada bangun malam dan puasanya orang bodoh, sesungguhnya ibadat orang yang bertakwa walaupun sedikit lebih utama daripada ibadat orang yang tertipu."
Perkataan ini bernilai tinggi dan ia menunjukkan kesempurnaan kefahaman serta ilmu sahabat Baginda SAW. Makna ungkapan itu ialah manusia hanya boleh melalui jalan menuju Allah dengan ilmunya yang menerangi hati hingga mencapai darjat takwa.
Sedangkan amal yang dilakukan tanpa ilmu, kefahaman dan penghayatan nyata sia-sia bagi pelakunya. Sesungguhnya mengenal Allah bukan dengan cara ketundukan jasad saja hingga membiarkan hati lalai kerana tiada ilmu.
Tetapi cara yang diajarkan Nabi SAW kepada sahabatnya bermula daripada hati yang hidup dengan ilmu. Bukan daripada mimpi pelik yang seolah-olah mendengar suara ghaib lalu mula menambah amalan hingga melebihi batas kemampuan dan menyalahi Sunnah Rasul SAW. Akhirnya terjerumuslah dalam 'Talbisul Iblis', penyamaran dan belitan syaitan yang menipu hamba yang jahil.
Untuk mendapat darjat dekat kepada Allah, cukup dengan mengikut sandaran al-Quran dan petunjuk Rasul SAW, sunnah Khulafa' al-Rasyidin, tabi'in dan tabi' tabi'in. Tiada yang lebih sempurna daripada ajaran Baginda SAW.
Sesiapa mengambil selain itu seakan-akan berjalan tanpa arah tujuan yang membawa kepada keletihan dan kepayahan, jauh sekali berasa tenteram serta tenang dalam hatinya. Kerana yang mengisi hati itu bukan ilmu Allah melainkan rasa was-was yang ditiupkan syaitan laknatullah. Betapa berbahaya hati yang sepi daripada ilmu dan hidayah Allah.
Ada pula yang berjalan menuju Allah tetapi tersekat di tengah jalan kerana hawa nafsu, harta dunia, pengikut, jawatan dan pangkat, pujuk rayu wanita, perhiasan dan hiburan melalaikan. Jika dia berhasil merobohkan sekatan itu, maka dia sudah lulus menuju ke tingkat lebih berat lagi. Hingga dia sampai kepada keredaan Allah di akhir hayatnya.
Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui juanda@kutpm.edu.my

33. Memahami erti sebenar menutup aurat
WANITA zaman pasca moden ini, pakaian dan cara berpakaian sebahagian wanita sekarang gagal mencapai matlamat menutup aurat seperti dituntut Islam. Pakaian mereka hanya berjaya menutup kulit badan, tetapi masih tetap mempamerkan kecantikan dan keistimewaan bentuk serta susuk hingga boleh dikatakan, sama ada mereka berpakaian atau tidak, sama saja.
Tetapi itulah hakikatnya, mereka terbabit dengan amalan tabarruj iaitu perbuatan mendedahkan kecantikan rupa paras, sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau anggota badan lain. Menurut al-Bakhari, tabarruj ialah wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.
Ketara sekali mereka yang berkenaan khususnya wanita yang mengakui Muslimat, tetapi sukar dikategorikan sebagai Mukminat, terlalu ingin memperagakan kecantikan diri atau keistimewaan sifat fizikal kewanitaan mereka.
Mereka berpakaian untuk menambahkan kecantikan, bukan untuk menutup aurat. Di samping itu, mereka bersolek dan menggayakan gerak serta lagak yang menarik ketika berada di luar rumah, sedangkan tidak demikian apabila berada di rumah.
Untuk mendapat perhatian orang ramai itulah mereka menghiasi diri dengan pakaian fesyen baru yang mengikut aliran semasa, indah serta mahal, diserikan dengan barang kemas mewah bergemerlapan, manakala wajah disolek bahan mekap berwarna-warni.
Pakaian mereka tidak berfungsi sebagai penutup aurat lagi, bukan untuk melindungi kecantikan daripada pandangan lelaki bukan mahram, sebaliknya mendedahkan habis-habisan. Sedangkan amalan itu ditegah.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah kalian (wanita Islam) tetap di rumah kalian berhias (bersolek) dan mendedahkannya (bertabarruj) seperti mereka lakukan oleh orang-orang jahiliah dulu." (Surah al Ahzab, ayat 33)
Selain terbabit amalan tabarruj, tradisi berpakaian dan bersolek kalangan wanita moden sekarang membuktikan umat manusia akhir zaman terutama wanitanya, sudah jauh berundur ke belakang untuk kembali ke zaman kuno dan mewarisi cara hidup kolot manusia primitif zaman batu, atau setidak-tidaknya mengamalkan cara hidup zaman jahiliah.
Hal ini jelas sekali kerana bukankah amalan menghiasi muka dengan tempelan bahan mekap pelbagai warna yang dilakukan wanita moden sekarang sama dengan amalan menconteng muka yang dilakukan manusia primitif zaman kuno dulu?
Bukankah amalan mendedahkan aurat depan khalayak ramai yang dilakukan wanita moden ini adalah amalan wanita zaman jahiliah. Tidakkah ini satu kesinambungan antara tradisi zaman jahiliah dan tradisi zaman pasca moden ini?
Memang berlaku perubahan positif dalam hal berpakaian untuk menutup aurat di kalangan wanita Islam di negara kita dalam dekad mutakhir ini. Tetapi malangnya, perubahan itu tidak menyeluruh kerana masih ramai yang tetap dengan tradisi berpakaian mereka.
Jika ada yang memenuhi kewajipan menutup aurat, tidak memenuhi tuntutan mengikut kehendak hukum syarak. Contohnya, memang sudah ramai wanita memakai tudung tetapi pada masa sama, memakai baju dan kain atau seluar ketat yang jelas memperlihatkan bahagian tertentu badan mereka.
Berpakaian seperti itu sudah tentu tidak diterima sebagai menutup aurat, kerana menutup aurat dalam Islam bukan sekadar menutup kulit badan, tetapi melindungi rupa bentuk kulit semua bahagian anggota badan.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak iaitu wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan kain tudung mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka."
Maksud ayat itu sangat jelas, namun seolah-olah belum dapat difahami wanita. Buktinya mereka tidak mematuhi arahan menutup aurat itu sepenuhnya. Malah, ramai yang langsung tidak menghiraukannya.
Mereka sebenarnya mempersendakan hukum Allah apabila menutup kepala dan rambut sepenuhnya tetapi masih memperlihatkan bentuk anggota badan dalam pakaian yang ketat sendat atau mendedahkan bahagian anggota lain seperti kedua belah betis apabila memakai seluar, skirt atau sarung sempit yang berbelah di bawah.
Masih ramai lagi wanita yang enggan memakai tudung kepala, atau hanya menutup kepala dengan kelubung kecil, menampakkan bahagian depan dan ekor rambut. Ia juga adalah perbuatan yang boleh dianggap sebagai mempersendakan hukum Allah.
Demikian juga dengan amalan memakai tudung kepala pelbagai bentuk dan fesyen. Walaupun mereka berjaya menutup kepala dan rambut, namun masih mendedahkan tengkuk, leher serta sebahagian dada atau memperlihatkan bentuk dada dalam baju yang ketat.
Semua fenomena mendedahkan aurat itu adalah ciri amalan tabarruj, amalan kaum zaman jahiliah. Selain tradisi berpakaian, tradisi bersolek yang termasuk dalam amalan tabarruj kurang diberi perhatian. Seolah-olah larangan dalam hal ini tidak diketahui.
Keadaan wanita yang tidak terbabit dengan tabarruj ialah wanita yang tidak keluar rumah, tidak bercampur-gaul dengan lelaki bukan muhrim dan apabila keluar, tetap memakai pakaian menutup aurat sepenuhnya dan wajah mereka tanpa bersolek.
Golongan terbabit dengan tabarruj ialah wanita yang keluar rumah dengan berpakaian tidak sopan atau berpakaian ala Barat, mendedahkan banyak bahagian aurat atau berpakaian sopan tetapi tidak menutup aurat sepenuhnya atau berpakaian moden, ketat, singkat dan berbelah.
Allah mengetahui akibat baik dan buruk daripada segala tindak-tanduk hamba-Nya, termasuk akibat buruk daripada pendedahan aurat atau perlakuan tabarruj itu. Sehubungan itu, Allah mewajibkan wanita menutup aurat mereka.
Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)

32. Berdoa hendaklah berterusan ketika susah, senang
SETIAP kali selepas menunaikan solat lima waktu, kita digalakkan memanjatkan doa kepada Allah memohon supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan petunjuk serta hidayah semoga kita tergolong sebagai hambanya yang terhindar daripada azab api neraka.
Sesungguhnya doa adalah sebahagian daripada pelengkap ibadat yang wajar dilakukan seluruh umat Islam kerana Allah suka mendengar doa hamba-Nya.
Berkata seorang sahabat Rasulullah SAW, Fudalah Ibnil Ubaid: "Sesungguhnya Allah mendengar dengan penuh minat akan doa hambanya lebih daripada minat seorang tuan mendengar suara hamba perempuannya yang cantik sedang menyanyi."
Doa adalah perbualan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah dan setiap yang dimohon akan didengar Allah. Allah tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya
Selepas berdoa disarankan supaya bertawakal kepada Allah supaya segala permohonan serta doa akan dimakbulkan. Allah berfirman yang bermaksud: "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan dengan suara yang perlahan serta bermohonlah kepada-Nya dengan perasaan takut serta penuh harapan, sesungguhnya rahmat Tuhan itu adalah dekat kepada orang yang berbuat kebajikan."
Nabi Muhammad SAW berpesan kepada umatnya supaya sentiasa berdoa kepada Allah sama ada pada masa senang atau susah. Jangan sekali-kali berasakan terlalu lambat doa hendak dimakbulkan hingga kita cepat berputus asa daripada rahmat Allah.
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Jika anda mengenang Tuhan pada waktu senang nescaya Ia akan mengenang anda pada waktu anda susah".
Sesuatu yang sering diingatkan Nabi Muhammad SAW ialah supaya jangan memakan sesuatu yang haram, kerana doa daripada mereka memakan benda haram tidak akan dimakbulkan Allah.
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Barang siapa yang ingin supaya Tuhan memakbulkan permohonan doanya pada waktu susah dan sempit maka hendaklah ia memperbanyakkan doa pada waktu ia senang lenang."
Tidaklah semestinya setiap doa itu akan segera dimakbulkan Allah. Oleh itu, kita sewajarnya jangan cepat berputus asa kerana dalam hal ini mungkin ada rahsia di sebaliknya atau padanya tersembunyi beberapa kebaikan dan manfaat yang tidak kita ketahui maksudnya.
Maka oleh itu adalah lebih afdal bagi kita untuk terus menerus berdoa kerana Allah sudah berjanji dalam firman-Nya yang bermaksud: "Bermohonlah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan segala permohonan kamu."
Jika menoleh kembali ke zaman silam, nescaya kita dapati bahawa nabi, khalifah serta sahabat Rasulullah SAW sering memanjatkan doa serta bermohon kepada Allah supaya mereka diselamatkan daripada bencana atau musibah ancaman musuh.
Apa yang berlaku kepada Nabi Musa sewaktu baginda dikejar tentera Firaun, lalu Nabi Musa berdoa serta bermohon kepada Allah. Maka terbelah laut dan selamatlah Nabi Musa daripada ancaman Firaun durjana.
Demikian juga dengan Nabi Ibrahim yang dicampakkan ke dalam api, lantas Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah, lalu api itupun serta merta menjadi sejuk dan dingin. Sesungguhnya banyak doa ada hikmah dan fadilat tinggi, terutama doa sering dibaca Nabi Muhammad SAW.
Antara doa masyhur yang sering dibaca Nabi ialah: "Ya Allah ya Tuhanku, aku bermohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah semua perkara kami berakhir dengan baik dan selamatkan kami daripada menerima malu di dunia dan mendapat azab di akhirat. Ya Allah ya Tuhanku, berikan kami rezeki yang halal dan jadikanlah kami seorang yang salih. Ya Allah ya Tuhanku, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada seksa api neraka."
Sesiapa membiasakan dirinya berdoa sepanjang masa, nescaya akan terselamat serta terpelihara, mendapat kemenangan serta kebahagiaan. Sebaliknya, sesiapa tidak berdoa maka apabila ditimpa bencana atau musibah janganlah menyalahkan takdir Tuhan. Justeru, tidaklah Allah itu bersikap zalim dan kejam terhadap hambanya.
Antara doa paling cepat dimakbulkan Allah ialah doa orang yang sentiasa mengekalkan solat, doa orang bermusafir, doa mereka yang berpuasa dan doa mereka yang teraniaya.
Marilah kita menyedari hakikat bahawa doa mereka yang beramal salih adalah antara penyumbang kepada kesejahteraan dan keselamatan sesebuah masyarakat dan negara.
Segala bencana seperti kemarau, banjir, ribut taufan atau gempa bumi yang menimpa sesebuah negara adalah balasan Allah terhadap mereka yang melupakan perintah Allah.

31. Kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.
Para sahabat baginda bertanya, Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda, Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Amalan yang dianjurkan padanya
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
Peristiwa Sejarah Bulan Zulhijjah
Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, ia juga mencatatkan beberapa peristiwa di dalam diari sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhwah ummat di dalam meneruskan perjuangan Baginda s.a.w. Antara peristiwa tersebut adalah:
1. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.
2. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.
3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah, Nabi s.a.w keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.
4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.
5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.
6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.
7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.
8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.
9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.
10. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.
11. Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya.
12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.
13. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.
- NAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Terengganu.

Sunday, December 2, 2007
30. HAJI MERCU TANDA KEKAYAN UMAT ISLAM
OIC wajar cari kaedah jana ekonomi menerusi lebih RM65 bilion dibelanja jemaah
BERAPAKAH jumlah wang ringgit yang dibelanjakan umat Islam sejagat dalam melaksanakan ibadah haji selama dua bulan setiap tahun? Mungkin tidak pernah terfikir oleh kita. Apa yang kita fikirkan ialah seorang Muslim yang sibuk mendaftar haji, persiapan belajar menunaikan haji, kenduri, pergi hantar mereka ke lapangan terbang untuk berlepas ke Makkah dan menyambut kepulangan mereka. Sebenarnya berapakah perbelanjaan keseluruhan melaksanakan ibadat haji?
Ketika melaksanakan haji pada 2005, penulis sempat menonton satu perbincangan haji dalam program televisyen Arab Saudi yang dinyatakan bahawa biaya pengelolaan haji selama dua bulan pada tahun itu di negara berkenaan mencecah 60 bilion riyal atau RM65 bilion. Ia tidak termasuk perbelanjaan di negara asal mereka yang menunaikan Rukun Islam kelima itu. Cuba bandingkan dengan bajet tahunan sesebuah negara yang boleh menjalankan roda pemerintahan selama setahun untuk kepentingannya. Yang RM65 bilion ini 'dihamburkan' hanya untuk kepentingan sebuah ibadat Islam dalam masa dua bulan saja di Arab Saudi, khasnya Makkah dan Madinah.
Alhamdulillah, betapa kayanya umat Islam! Hakikat dan realiti umat manusia di atas itu menjadi ketetapan Ilahi sejak azali lagi. Ia bukan acah-acah dilaksanakan tanpa perancangan Ilahi. Ia bukan untuk main-main tanpa tujuan tetapi untuk menyembah Tuhan Yang Maha Satu, Allah Subhanahu Wata'ala, Tuhan seru sekalian alam.
Allah berfirman maksudnya: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya daripada pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin." (Surah al-Hajj: 27-28)
Dalam ayat 28 di atas edisi bahasa yang digunakan al-Quran adalah 'li yasyhadu manafi'a lahum' bukan manafi'ahum. Ini mempunyai pengertian tersendiri yang mendalam kerana jika digunakan perkataan yang kedua bererti ia sudah menjadi 'ma'rifah' bukan 'nakirah' lagi dalam bahasa Arab dengan makna ma'rifah adalah diketahui (terhad) dan makna nakirah adalah tidak diketahui (tidak terhad). Dan jika demikian halnya maka faedah hanya dimiliki oleh orang yang melakukan haji saja padahal faedahnya bukan untuk mereka tetapi untuk semua manusia walaupun mereka tidak melaksanakan haji mahupun bukan Islam. Oleh itu, perkataan yang digunakan adalah 'manafi' dalam bentuk nakirah agar ia lebih menyeluruh.
Tafsir Pimpinan Arrahman dalam perkara ini menjelaskan: "Orang yang mengerjakan ibadat haji bukan saja dapat menyempurnakan Rukun Islamnya yang kelima tetapi banyak faedah yang diperoleh. Selain menyaksikan Baitullah dan makam Rasulullah serta tempat yang bersejarah di Makkah al-Mukarramah dan di Madinah al-Munawwarah, mereka akan beroleh banyak pengalaman, dan bertambah kenalan daripada saudara sesama Islam yang datang berhimpun di Tanah Suci pada setiap tahun daripada merata dunia. Sebenarnya ibadat haji itu antara lain adalah 'Mu'tamar Islam' atau 'Kongress Islam' tahunan yang bertujuan menyatupadukan umat Islam sedunia supaya bekerjasama dalam mengembangkan Islam, ekonomi, pelajaran, kebudayaan dan segala soal hidup."(Nota 1028)
Sejak penempatan semula kota Makkah sebagai tempat tinggal manusia pada zaman Nabi Ibrahim AS, kota Makkah adalah pusat pertembungan perniagaan antarabangsa dalam setiap generasi pada masa lalu dan juga hari ini. Ia dicatat oleh al-Quran dalam surah Quraisy maksudnya: "Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah), (iaitu) kebiasaan perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam). Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Ka'abah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka daripada kelaparan, dan mengamankan mereka daripada ketakutan." (Ayat 1-4)
Di Makkah rumah ibadat pertama didirikan untuk manusia. Allah berfirman maksudnya: "Sesungguhnya rumah yang mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia." (Surah Ali 'Imran: 96)
Tidak ramai yang mengetahui bahawa sejarah pembinaan Ka'abah dan Masjidil Haram. Kisah pembinaan Ka'abah sebenarnya bermula sebelum Allah menjadikan bumi dan segala isinya. Perkara ini berdasarkan kepada maklumat yang disebut dalam al-Quran, hadis dan kitab sejarah.
Al-Quran al-Karim menyebut bahawa Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS hanya meninggikan Ka'abah saja (Surah al-Baqarah: 127). Dalam sebuah hadis sabda Baginda SAW ketika khutbah pembukaan Makkah pada tahun kelapan Hijrah maksudnya: "Sesungguhnya kota Makkah ini dijadikan oleh Allah sebagai Tanah Suci pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Makkah adalah Tanah Suci dengan penyucian daripada Allah sehingga ke hari kiamat." (Hadis riwayat Muslim) Dan Makkah tidak dipilih sebagai Tanah Suci kecuali kerana kewujudan Kaabah di dalamnya.
Sebagai Rukun Islam kelima, ibadat haji berlainan dengan ibadat lain seperti solat, puasa dan zakat kerana di dalam ibadat haji ini ada semua bentuk ibadat dalam Islam sama ada ibadat yang mahdah (tulen), maliyyah (kewangan), dan 'uqubah (denda).
Pelaksanaan ibadat haji menjadi rahmatan lil 'alamin kerana ia memberi manfaat kepada semua pihak sama ada dari segi spiritual mahupun material, rohani mahupun jasmani. Sebagai contoh pengiraan faedah ekonomi Islam kita boleh melihat beberapa contoh nyata berikut yang setiap orang melaksanakan haji mesti membayar sebelum mereka pergi ke Tanah Suci. Satu catatan di sini perlu dibuat bahawa Kerajaan Arab Saudi tidak memungut apa-apa biaya berkaitan dengan haji walaupun hanya untuk visa yang berjumlah dua juta itu.
Dua riyal untuk keperluan air zam zam selama musim haji di mana ia diberi secara percuma dalam bentuk botol dan ia akan dihantar ke tempat penginapan kita setiap hari jika ada permintaan daripada kita. Jika orang yang mengerjakan haji sebanyak dua juta maka untuk perbelanjaan air zam zam sudah terkumpul empat juta riyal. Oleh itu, syarikat zamam Saudi adalah syarikat yang menguntungkan.
Kira-kira 300 riyal untuk tempat tinggal di khemah Arafat dan Mina, maka wang yang terkumpul untuk tujuan tempat tinggal dalam tempoh haji itu dianggarkan berjumlah enam bilion riyal.
Jika 294 riyal untuk perkhidmatan muassasah dan pengangkutan barang untuk menunaikan haji, maka wang yang terkumpul sebanyak 5.8 bilion riyal. Jumlah 12 bilion ini hanya catatan rasmi untuk keperluan yang disebutkan saja. Belum lagi keperluan lain seperti penginapan, makanan dan sebagainya sehingga wang berputar di Arab Saudi khasnya Makkah dan Madinah ketika musim haji selama dua bulan mencecah 60 bilion riyal.
Bagaimana dengan perbelanjaan haji negara lain? Subhanallah, sungguh satu pengelolaan kewangan yang sangat luar biasa. Oleh itu, sudah sepatutnya bahkan menjadi kewajipan pihak berkuasa negara Islam untuk menggunakan pengelolaan haji sebagai mercu tanda kekayaan umat Islam kerana yang menunaikan haji hanyalah orang yang mampu di kalangan mereka.
Mengapa mereka tidak menubuhkan syarikat gergasi yang dikhaskan untuk mengendalikannya sehingga faedah yang sebanyak-banyaknya boleh dirasakan oleh umat Islam secara menyeluruh.
Kenapa pihak berkuasa Islam dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tidak mahu memikirkan pemaksimuman kerjasama antara negara Islam dalam pengelolaan haji. Mereka boleh membahagikan semua keperluan logistik haji dari negara Islam yang bersesuaian. Mereka boleh menentukan penyamaan prosedur pelaksanaan haji dengan mencontohi negara yang berhasil menerapkannya. Mereka juga boleh menubuhkan syarikat penyediaan makanan untuk memastikan mereka yang menunaikan haji mudah diatur dan diawasi. Mereka boleh menubuhkan syarikat penerbangan khas haji dan menjadi Air Haji (Pilgrim Air), misalnya. Jika yang terakhir disebut ini boleh direalisasikan sudah tentu ia akan menjadi syarikat penerbangan utama dunia. Ia juga boleh dimanfaatkan pada hari biasa sama ada menerusi penerbangan komersial mahupun penerbangan ihsan untuk keperluan sosial. Dalam kewangan Islam semasa, produk real estate investment trust (REIT) sedang menjadi primadona pelaburan antarabangsa, mengapa mereka juga tidak memikirkan REIT haji, misalnya. Banyak lagi keuntungan duniawi yang boleh diperoleh dalam pengelolaan haji bersama oleh negara OIC.
Secara mikro dan makro, ibadat haji adalah syiar ketauhidan Allah SWT kerana di dalamnya ada zikrullah dan pengagungan-Nya; ibadat haji adalah syiar perpaduan umat Islam kerana di dalamnya semua umat Islam yang berbilang bangsa bersatu; ibadat haji adalah syiar kebesaran umat Islam di mana kita melihat ketika dua juta orang berhimpun tunduk kepada satu aba-aba (seruan) ketika bertakbir permulaan solat, rukuk dan sujud, dan bertaslim tanda solat selesai. Mereka patuh dengan aturan wukuf dan mabit. Dan ini semua sebagai wujudnya takwa dalam diri bakal haji, lelaki dan perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa, pemuda dan tua.
Allah berfirman maksudnya: "Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat takwa hati orang mukmin." (Surah al-Hajj: 32) Labbaik Allahumma Labbaik.
Berita Harian 2/12/07

Subscribe to:
Posts (Atom)